Skip to main content

Isteri Mengandung,, ke mana suami menghilang???

"Senyuman yang menyimpan seribu erti tersirat disebalik kandungan"


Semalam saya ke klinik menghantar mama saya untuk pemeriksaan doktor. Darahnya menurun kata doktor. Klinik yang saya pergi ni adalah klinik kerajaan. Lama juga saya menunggu. Hampir 3 jam baru selesai.


Lama tu 3 jam.. resah saya dibuatnya. Keluar masuk klinik tengok-tengok kalau-kalau mama saya sudah dipanggil. Kemudian saya ambil keputusan menunggu di luar. Memang kat dalam ada air-cond tetapi ramai sangat pesakit. Pada saya pesakit lebih memerlukan kerusi yang tak berapa banyak tu.


Kat luar disediakan kerusi untuk orang-orang yang menunggu. So, saya lepak la kat situ sehingga semuanya selesai. Entri ini bukan nak cerita pasal klinik sebenarnya sebab kawan-kawan dah sedia maklum bagaimana berurusan dengan klinik kerajaan.


Apa yang menarik minat saya ketika saya menunggu ialah gelagat-gelagat pesakit yang datang. Ada yang ditemani oleh anak macam saya dan ada yang suami temankan isteri yang sarat mengandung. Romantik sungguh gaya mereka. "Baru kahwin kot". Cetus hati saya.


Cuba bayangkan jika suami yang mengandung??


Dan yang paling menyedihkan saya ialah apabila terpandang seorang isteri berperut boyot, terhuyung-hayang datang sendirian dengan sebuah motor kapcai untuk memeriksa kandungan dia. “Mana suami dia agaknya”. Tanya hati saya. “Takkan time “bersama” je sama-sama tapi time sakit sorang-sorang”. Desus hati saya lagi. Penat sungguh kelihatan wajahnya. Tampak masih muda tetapi agak kepucatan raut wajahnya. Mungkin beban yang ditanggung si ibu itu terlalu berat.


Mungkin suami dia kerja. Sibuk tak dapat temankan dia”. Hati saya cuba bersangka baik. “Kalau ya pun sibuk takkan tak boleh peruntukkan sedikit masa untuk isteri kita. Kalau ambil cuti pun apa salahnya. Anak yang dia kandung anak kita juga”. Hati kecil saya merungut melihat keadaan ibu tadi.


"Penyejuk mata hati"


Fenomena ini sebenarnya kita boleh di mana-mana. Seoarang isteri datang seorang diri ke klinik untuk memeriksaan kandungan bayinya. Persoalannya di manakah ayah baby tersebut? Seribu kemungkinan yang kita boleh andaikan tetapi hati kecil saya merasa tidak patut bagi seorang suami untuk membiarkan isterinya keseorangan di saat-saat genting seperti tu.


Kadang-kadang kita hanya melihat Islam itu berkaitan dengan hablumminallah (hubungan dengan Allah, solat, puasa dan sebagainya) kita sering terlupa bahawa Islam juga menyuruh kita menjaga hablumminannas (hubungan manusia di antara isteri dengan suami, jiran dengan jiran, sahabat dengan sahabat dan yang sewaktu dengannya) Dengan erti kata yang lain, jika sempurna solat kita, haji kita dan puasa kita kepada Allah tetapi rosak hubungan dengan manusia lain kita masih tidak dikira sebagai muslim yang sebenar. Kerana keduanya tuntutan Allah.


Hal yang demikian diajar oleh Allah di dalam Al-Quran dan telah diteladankan oleh Rasulullah SAW kepada kita. Lupakah kita pada sabda Nabi SAW ;


خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهلي


"Sebaik-baik kamu orang yang baik dengan keluarganya dan aku orang terbaik daripada kalangan kamu dengan keluargaku”


"Suhaimi, Ina dan anak sulung mereka"


Rasulullah SAW sebaik-baik manusia kepada ahli keluarga baginda. Bagaimana ketika Rasulullah menyambut kedatangan puteri baginda, Sayyidatina Fatimah R.A dengan penuh kasih dan sayang dan bagaimana ketika Rasulullah SAW berlumba lari dengan Ummul mukminin Sayyidatina Aisyah R.A. Kadang-kadang Rasulullah menang dan kadang-kadang Rasulullah buat-buat kalah untuk mengembirakan isteri baginda. Ini diceritakan di dalam hadis-hadis yang sohih sebagai pedoman untuk kita melayari bahtera rumahtangga yang penuh ombak dan badai.


ربنا هب لنا من أزواجنا وذريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Wahai Tuhan kami berikanlah kepada kami daripada isteri kami dan zuriat-zuriat kami sebagai kurrata A'yuun ( permata hati) dan jadikan kami Imam kepada orang mukmin”

Comments

  1. salam....

    wanita itu istimewa.... tabah

    ReplyDelete
  2. wslm..

    Ya..kuat di dalam kelembutannya..

    ReplyDelete
  3. salam...kenapa ALLAH xberikan nikmat mengandung kepada lelaki??/ kenapa ALLAH berikan keistimewaan tu kepada wanita??/ kenapa syurga ALLAH letakkan di bawah kaki ibu???sbb lelaki tidak kuat untuk menaggung beban tu semua...

    ReplyDelete
  4. wslm..masing2 ada peranan..bygkan jika semuanya lelaki atau perempuan..sudah tentu tdk indah hidup ini..Allah jadikan utk kita saling melengkapi..rasa memerlukan di antara satu samalain..

    ReplyDelete
  5. Agaknya suami dia kat tempat lain ko t ust,cthnya dia kat Malaysia dan suami dia kat Mesir sebab lum abis belajar lagi. Takkanlah suami dia nak tempah tiket semata-mata nak hantar isteri gi periksa kandungan sedangkan dia ada 'periksa' yg lebih penting lagi. Ok dah dapat jalan cerita ni,ust bolehlah mula mengarang sekarang ;)

    ReplyDelete
  6. mungkin juga..hehehe..mengarang? macamana tu Ustazah?

    ReplyDelete
  7. mengarang tu maksudnya menulis (membuat karangan).kenapa ust,kalau bahasa orang kelantan lain ke?

    ReplyDelete
  8. bukan maksud ana tak faham perkataan mengarang tapi maksud ana macamana nak mula jadi penulis tu macam ustazah..ustzah kongsi la tips2 skit..leh ana belajar..orang kelantan pun sebut mengarang gak..huhuhu..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. oo yeke.ust cuba buat satu cerpen dari kisah ibu yang pergi ke klinik tanpa ditemani suami tu dan siarkan di blog ni:) nanti kita tengok bagaimana respon pembaca. kalau nak jadi penulis,terutamanya dalam genre kreatif,perlu berani pamerkan karya kepada pembaca untuk dinilai dan dikritik. paling penting,cuba minimumkan kesalahan tatabahasa dari segi ejaan dan bahasa pasar, contoh "mengejas";)

    ReplyDelete
  11. macam tu ek..nanti ana akan cuba menulis cerpen plk..sekarang tumpuan kepada soalan2 yang ditanyakan oleh sahabat2 pengunjung dulu..sibuk skit.."mengejas" tu apa maksud dia?huhuhu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil p…

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah.
Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid.
Firman Allah yang dimaksudkan akhi;
قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ“(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan mengikut Al-Quran dan terjemahan Ja…

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy"
Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia.
Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255).
Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”.
Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”.
Kebanyakan kaum musyabbihah atau mujassimah ini berasal dari orang-orang yang bermazhab Hanbali, tetapi Imam A…