Skip to main content

Iddah?? Saya tertipu..


Oleh : ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KUALA LUMPUR: “Bukan salah dia. Dia tertipu...” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan Ustazah Nor Radhiah Ramli, 22.


Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai. “Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.


Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu. Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.


“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar.
“Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.


Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan. “Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.
Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu. Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.


Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu. Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.


Ulasan Penulis:


Entry kali ini bukanlah ingin mengaibkan aziz atau isteri dia tetapi sebagai kajian kes buat kita agar kita lebih memahami hukum Islam.

Apa itu Iddah??

Iddah ialah tempoh menunggu yang wajib bagi isteri yang diceraikan atau kematian suami.

Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku.

Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah Raj’ie.

Jenis-Jenis Iddah

Ia terbahagi kepada 2 iaitu :

a) Iddah Raj’ie iaitu iddah yang membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya. Ia hanya untuk talak satu dan talak dua sahaja.

b) Iddah Bain iaitu iddah yang tidak membolehkan bekas suami merujuk semula isterinya melainkan dengan akaq nikah yang baru. Ia merangkumi :

1) Talak Tiga

2) Li3an

3) Fasakh

4) Khuluk (Tebus Talak)

5) Ila’

6) Isteri yang belum disetubuhi

 

Iddah Perempuan Yang Diceraikan;

 

Iddah bercerai masa hidup

1) Perempuan yang masih ada haid, eddahnya 3 kali suci haid

2) Perempuan yang belum datang haid @ belum cukup umur @ telah putus haid, iddahnya 3 bulan

3) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak

Iddah bagi perempuan kematian suami;

1) Perempuan yang tidak mengandung, iddahnya 4 bulan 10 hari

2) Perempuan yang mengandung, iddahnya sehingga melahirkan anak

 

Tips Tambahan

# Sekiranya perempuan tersebut diceraikan dengan iddah raj’ie, kemudian bekas suaminya meninggal dalam tempoh eddah tersebut, maka eddahnya bertukar kepada iddah kematian suami.

# Perempuan yang diceraikan sebelum disetubuhi tiada iddah. Sementara wanita yang kematian suami wajib iddah walaupun belum disetubuhi.

# Bagi persetubuhan syubhah (tersilap menyangka isterinya tetapi orang lain) iddahnya adalah sama seperti perempuan yang diceraikan sama ada ditalak @ kematian suami.

# Orang yang berzina, tiada iddah kerana iddah bertujuan untuk memelihara nasab sementara zina tidak sah taraf nasabnya berdasarkan pendapat Abu Bakar, Umar dan pengikut Mazhab Syafie dan Hanafi.

 

Hak-Hak Isteri Yang Diceraikan

a) Isteri yang berada dalam iddah Raj’ie berhak mendapat nafkah dan tempat tinggal selama tempoh iddah

b) Isteri yang berada dalam iddah Bain adalah seperti berikut :

1) Isteri yang tidak hamil hanya berhak mendapat tempat tinggal

2) Isteri yang hamil berhak mendapat tempat tinggal dan nafkah

3) Isteri yang kematian suami berhak mendapat tempat tinggal sebagaimana semasa kematian suaminya

 

Perhatian;

* Perempuan yang nusyuz (derhaka) tidak layak mendapat nafkah dan tempat tinggal.

Comments

  1. erm ana ada baca dalam harian metro dan sinar harian.. lupe tarikh.. Dalam tu cakap si Radhiah tu belum di setubuhi b4 di ceraikan.. So, masukada iddah bgnya..kn??
    Jadi, mmg tak sah la nikah depa erk?/ seperti yang di[putuskan oleh hakim?? ke macam mana?? mohon penjelasan.. sebab keliru..

    ReplyDelete
  2. tidak ada iddah bg perempuan yang dicerai sebelum disetubuhi..jadi ana tak pasti kes Radhiah ni mcmn..kalau ikut hukum,,tdk ada iddah jika dia belum disetubuhi..apa2 pun kita terima keputusan mahkamah yg sudah tentu melakukan siasatan sebelum menjatuhkan sesuatu keputusan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa