Skip to main content

Cakap tak serupa bikin

"Inilah rupa kitab yang dicari..Kitab At-Toriq ilallah karangan Dr Ali Juma'ah"


"Ust Din macamana dengan kitab tu,, ada tak??".

Tanya saya kepada Ust Din.

Ust Din merupakan timbalan yang dipertua dewan perwakilan mansurah. Kitab yang saya minta beliau tolong belikan untuk pengajian di Markaz pelajar Malaysia di Mansurah sebelum saya kembali ke Malaysia iaitu kitab At-Toriq ilallah karangan Dr Ali Jumaah, Mufti Mesir sekarang . Pada awal perbincangan kami, Ust Din meminta saya untuk mensyarahkan kitab matan al-Ajrumiyyah tetapi saya mencadangkan kitab ini kerana mutiara-mutiaranya cukup bernilai untuk kita berjalan menuju Allah.


Al-Ajrumiyyah sebuah kitab matan nahu yang sangat agung kerana kebanyakan pondok-pondok, universiti-universiti di Malaysia, Indonesia dan di tanah arab sendiri menggunakan kitab ini. Dengan kata lain, tidak ada seorang pun daripada ulama’-ulama’ kita yang dapat menguasai qawaid asasiyyah dalam nahu melainkan bermula dengan matan Al-Ajrumiyyah. Begitulah ayat yang saya dengar daripada seorang baba (tok guru) daripada Fattani ketika mendengar syarahan beliau terhadap kitab ini. Kemungkinan ada yang menggunakan kitab yang lain tetapi saya sebutkan secara majoriti dan popular.


"Takdela Ust Min, arab yang jual kitab tu cakap Dr Ali Juma’ah tidak thiqah (tidak boleh dipercayai)". Balas Ust Din kepada pertanyaan saya.


Seram sejuk tubuh saya bila mendengar jawapan Ust Din. Bukan marah kepada Ust Din tetapi kecewa dengan doktrin wahabi yang mempengaruhi pemikiran sebahagian daripada orang arab di Mesir. Rasa nak lempang je arab tu. Nasib baik Ust Din pergi seorang diri. Kalau boleh saya nak tanya juga arab tu kenapa dia boleh beranggapan sedemikian rupa. Apa yang tak thiqahnya?? "Macamla dia thiqah sangat". Hati saya merungut. Sebenarnya saya sudah rasakan kitab ini susah untuk didapati di Mansurah sebab saya pernah cuba mencari sebelum ini tetapi saya minta Ust Din tolong carikan kerana beliau orang lama di sini. Mungkin lebih mengetahui maktabah-maktabah yang membekalkannnya.


"Ini Gambar Dr Ali Jumaah yang dikatakan tidak thiqah"

 

"Jadi siapa yang thiqah?". Tanya saya kembali.


Dr Yusuf Al-Qardawi katanya". Jawab Ust Din.


Tulisan ini tidak bermaksud untuk membandingkan Dr Ali Jumaah dengan Dr Yusuf Al-Qardawi kerana kedua-duanya ulama’ yang hebat tetapi kenapa sikap arab yang memilih bulu dalam menyebarkan kitab-kitab Islam membuat ana terkilan. Kenapa tidak dibiarkan pembaca membuat penilaian kepada kedua-dua pandangan ulama’.


Biasa kedengaran laungan wahabiyyah supaya tidak ta’sub kepada ulama’ tetapi kelihatan mereka lebih ta’sub. Ulama’-ulama’ sunni yang mengkritik Ibnu Taimiyyah, Muhammad Ibnu Wahhab, Dr Yusuf Al-Qardawi dan yang se"methodologi" dengannya menyarankan untuk kita mengkaji muallafat (karangan) mereka supaya kita dapat membuat penilaian yang adil. Tetapi kenapa golongan wahabi tidak menyarankan pengikut-pengikut mereka sebegitu.


Ini baru dinamakan kesarjanaan dan berlandaskan prinsip ilmu. Kenapa kita harus bercakap tak serupa bikin?? Mereka menegah kita daripada ta’sub kepada ulama’ dan mazhab tetapi mereka sendiri melakukan perkara yang sama. Kita yang mengikut mazhab syafie tidak pernah menolak kebenaran mazhab lain. Tetapi di atas prinsip ilmu kita tidak dibenarkan mencampur-aduk pandangan mazhab sehingga menyebabkan terbatal amalan kita dan juga supaya kita tidak bermudah-mudah dengan mengambil yang paling mudah dari pandangan mazhab yang empat. Ini membawa kepada tasahhul. Tasahhul adalah perbuatan yang mengikut hawa nafsu bukan lagi di atas jalan syara’.


Kefahaman kita mesti jelas dalam masalah ikhtilaf. Ikhtilaf atau keluar daripada mazhab syafie kepada pandangan mazhab hanafi seperti yang berlaku di Malaysia dalam masalah pembayaran zakat fitrah atau masalah niat sebulan pada bulan puasa mengikut mazhab Imam Malik sebagai contoh di haruskan kerana ia mengikut lunas-lunas ilmu yang dibenarkan syara’.
Sepertimana disebut oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili ( Ulama’ Usul Fiqh Syiria) :

 

“Sesungguhnya talfiq di antara mazhab tidak sah tetapi diharuskan di sisi ulama’ ketika darurah atau ketika ada keperluan dengan syarat-syarat tentu”.

 

Saya tidak berhajat untuk membahaskannya secara detail persolan talfiq kerana ia memerlukan perbahasan yang panjang dan tafsil (terperinci). Cukuplah kita tahu tersentuh di antara lelaki dan perempuan ketika tawaf tidak membatalkan wudhuk kerana talfiq dengan mazhab Imam Malik sebagai talfiq yang dhorurah. Biasanya golongan wahabiyyah berhujjah dengan alasan ini kerana mereka tidak memahami prinsip ilmu usul fiqh. Mana satu talfiq yang haram mutlaqan dan mana yang diharuskan ketika dhorurah.


"Kalau macamtu Ust Din beli matan ajrumiyyah jela". Ana cuba khatamkan sebelum ana balik. InsyAllah. Ana berbalik kepada cadangan asal.


"Kalau macamtu ok la Ust Min. Assalamualaikum..". Ust Din menutup bicara.
"Waalaikumusslam..". Jawab saya.


Ust Din terus mematikan hensetnya mengakhiri perbualan kami.

Comments

  1. salam ustaz.saya nak tanya,kita sebagai umat Islam memang wajib bermazhab kan?satu lagi,bukan nak memburukkan,cuma nak tanya,Mufti Perlis skrg ni tidak bermazhab ke?
    saya dah confius,artikel2 dia patut dibaca atau tidak.sebab saya ada baca yang dia seolah memburukkan ulama'dan makin mengelirukan masyarakat kita diMalaysia.akhir sekali,nak minta cadangan ustaz,tentang buku yang patut dibaca dalam memahami isu ini yang boleh difahami oleh saya yang bukan jurusan agama.jazakallukhairankathira.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam..

    Terima kasih Mohai.

    Tentang Mufti Perlis ana tdk suka utk memberi komentar. Awak baca dan awak boleh buat penilaian sendiri. Kalau awak rasa artikel2 dia boleh mempengaruhi pemikiran dan pegangan awak, sebaiknya cuba elakkan. Banyak blog yang menulis tentang dia. Antaranya http://www.al-ghari.blogspot.com awak boleh baca di situ untuk membuat penilaian yg lebih adil.

    Buku yang patut dibaca byk skali. Antara buku yg saya cadangkan "pegangan sejati ahli sunnah wal-jamaah suatu keluhuran dan kemurniaan pegangan hidup" oleh Mohd Ziadi Abdullah.

    Jika utk memahami mslh mazhab boleh cari kitab karangan Dr Syed Ramadhan Al-Bouti "Alla mazhabiyyah" tetapi ana tdk pasti ada tak diterjemah ke dalam bahasa melayu. Cuba tanya di kedai2 kitab.

    Satu lagi kita yg membahaskan tentang mazhab secara khusus "Al-Mazhab atau tiada haram bermazhab" karangan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili. Kitab ni kitab jawi turath (kita kuning). Di sini disebut berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadis serta pendapat para ulama' dlm mslh kewajipan bermazhab.

    Sayugia diingatkan, ilmu kita tidak akan dapat melalui proses pembacaan semata2. Kita kena bertalaqqi (berguru). Pembacaan akan mengukuhkan lagi apa yg kita pelajari. Ilmu Islam merupakan ilmu warisan drpd Nabi SAW ke dada2 para sahabat. Sahabat2 kpd Tabi'ien2 sehinggalah kpd para ulama' kita pada hari ini. Ilmu dr dada ke dada hanya akan diperolehi dgn belajar secara langsung drpd guru tersebut atau disebut sbg talaqqi.

    ReplyDelete
  3. teruma kasih atas cadangan buku dan nasihat supaya bertalaqqi.insyaAllah waktu cuti,saya akan bertalaqqi diPondok.

    ReplyDelete
  4. sama2..itu yg terbaik sbnrnya.institusi pondok telah terbukti melahirkan ramai ulama'.kita tdk dapat nafikan jasa pondok2 sblm wujudnya sekolah2 arab dalam menyampaikan ilmu Islam..sistem belajar secara harfan biharfin dari kulit ke kulit akan menjamin kefahaman yg betul dan menyeluruh tentang sesuatu hukum dan prinsip2 ilmu.lbh2 lagi guru2 pondok mempunyai sanad setiap ilmu dan kitab yg diajar. sanad akan menjamin ketulenan ilmu yg dipelajari benar2 bertepatan dengan apa yg disampaikan oleh ulama' terdahulu dalam memahami satu2 hadis dan ayat al-Quran.


    Alhamdulillah masih ada insan seperti Mohai yg menghargai pondok dan menyedari hakikat ilmu yang wujud di sana. kerana nun jauh di sana ada manusia2 yg menghina pondok2 dan membidaahkan ilmu2 yg dipelajari di pondok. Tanpa dia sedari, tanpa pondok berkemungkinan dia tdk akan merasai nikmat Islam yg dia anuti jika nenek moyang mereka tidak memeluk Islam dengan hasil didikan ulama' dahulu yg semuanya melalui sistem pendidikan pondok.

    Jangan terlalu sombong dan bongkak dengan segulung ijazah dan PHD agama yang kita miliki. Kerana keduanya tidak pernah dipandang oleh Allah utk membuat penilaian terhadap hamba2nya sekiranya ketaqwaan tidak menjadi teras dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  5. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengajian pondok telah melahirkan ramai para ulama yang telah berjuang demi Islam. Kita seharusnya tidak boleh menafikan kepentingan pondok walaupun banyak pusat-pusat pengajian ilmu yang wujud sekarang kerana kebanyak pusat pengajian sekarang hanyalah belajar berdasarkan 'examination oriented' atau sekadar untuk masuk periksa sahaja.

    Sedangkan sistem pondok menekankan kefahaman ilmu serta diikuti dengan amalan agar ilmu yang diperlajari lebih berkesan. Mungkin golongan yang memperlekehkan sistem pondok ini tidak tahu keadaan pengajian di sana. Yang mereka tahu hanyalah sekadar pondok tunggu durian sahaja.

    ReplyDelete
  6. Hehehe..pondok tunggu durian..Betul tu Abang Sid.Kadang2 mereka terlalu berbangga dengan segulung ijazah yang mereka miliki sedangkan sepanjang mereka mengahabiskan pengajian satu kitab pun tak habis di baca apalagi dipelajari dari kulit ke kulit.

    Jika kita katakan sistem pondok ada kelemahan.. kita katakan ya sudah tentu ada sebab yang menguruskannya adalah manusia tetapi cuba bagitahu mana institusi yang perfect?

    Semuanya ada kelebihan dan kebaikan termasuklah sistem pengajian di universiti.

    Alhamdulillah Allah Ta'ala beri peluang kepada saya belajar di kedua2 tempat jadi saya dapat menilai keduanya dengan lebih adil.

    Kepada kawan2 yang rasa pondok tidak baik dan ada masalah,,ana katakan cuba masuk dulu.bukan masuk saja atau melihat dari luar tetapi dengan kata lain belajar di sana.

    Ambiklah masa sebulan atau dua bulan. Saya pasti akan menemui kebenaran. Sesungguhnya kita terlalu kerdil ilmunya berbanding mereka walaupun kelihatan kita bertie dan berkot dan mereka berkain pelikat dan berserban tetapi kemuliaan mereka jauh lebih mulia daripada kita.

    Tiada yang mereka harafkan di pondok melainkan ilmu semata-mata. Nak kerja dengan sijil pondok??syarikat mana yang nak ambik?

    Guru-guru di sana mengajar secara percuma. tidak dibayar walaupun sesen.mereka hidup penuh kezuhuduhan mengharapkan ridallah.

    Kita bagaimana?belajar utk dapatkan sijil dan utk mendapatkan pekerjaan. Ikhlaskah kita? Redha Allah ke qhayah (matlamat) kita?

    Cuba renung sejenak dan bermuhasabah diri.

    ReplyDelete
  7. Kenapa jemaah Islam mesti berpecah, jangan bersikap 'anti' tidak tentu pasal sehingga menyebabkan kita tidak berlaku adil terhadap sesuatu jemaah. Ingatlah firmah Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 8.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kpd akhi doc di atas peringatan. Soalan kenapa jemaah Islam mesti berpecah?

    Nabi SAW telah menyebut 1400 tahun dahulu dalam hadis sahih;

    والذي نفس محمد بيده لتفترقن أمتي علي ثلاث وسبعين فرقة فواحدة في الجنة وثنتان وسبعون في النار

    Demi diri Muhammad di dlm kekuasan Allah (bila Nabi bersumpah perkara yg nak dinyatakan oleh Nabi adalah perkara yg besar. bukan main2) akan berpecah umatku kepada 73 puak maka satu puak sahaja yg akan masuk syurga (yg benar) 72 lagi di dalam neraka.-hidayatul muatfakkirin m/s 10 baris ke 9-

    Apakah kita ingin nafikan perpecahan yg berlaku sdgkan telah disebut dan diberi peringatan oleh Nabi SAW??

    Para ulama' telah sepakat bahawa puak yg selamat ialah ahli sunnah waljama'ah.

    Anti tidak tentu pasal.Apa yg akhi maksudkan? Adakah wahabi tdk anti? Siapa yg suka memecahbelahkan umat? Siapa yg selalu membidaahkan umat Islam?Siapa yg selalu mengkritik ulama'2 sunni dan mazaahib?

    Jangan hanya tahu menunding jari kpd org lain. Kita saling muhasabah diri. Jika saya silap saya mohon maaf tapi nyatakan di mana dan apa yg akhi tidak setujui.

    Kita bercakap berdasarkan hujjah dan burhan bukan dengan emosi atau asobiyyah. Nyatakan dalil dan kitab. kita bincang secara damai.syukran sudi komen di sini.

    ReplyDelete
  9. Syukran.

    Berdasar hadis Nabi s.a.w semua jemaah mengaku golongan dialah yang SATU itu dan tidak ada golongan yang mengaku masuk dalam 72 puak yang masuk neraka.

    Golongan salafi mengatakan bahwa mereka yang teguh berpegang dgn Al-Quran & Sunnah, manakala golongan khalaf pun mengaku perkara yang sama.

    Ana bukanlah untuk berbahas kerana ana hanyalah golongan awam yang mula cenderung kepada agama. Ilmu yang ana ada hanyalah micromililiter berbanding dengan lautan yang luas. Ana ada bertalaqqi dgn ustaz ana yang bertugas di madrasah tahfiz, beliau lulusan madarasah di Pakistan.

    Yang ana sedih ialah dua2 mengaku Ahli Sunnah Wal jamaah tapi kedua2nya tidak berlapang dada.

    Golongan salafi berkata mereka tak akan sibuk2 dengan bida'ah kalau bukan Rasulullah s.a.w yang memberi amaran tentang bida'ah.

    ReplyDelete
  10. Maaf, sambung sedikit lagi.

    Bagaimana ulasan anta tentang hadis ini:

    Daripada Amr bin Salamah katanya: Suatu ketika kami duduk di pintu ‘Abdullah bin Mas’ud sebelum sembahyang Subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy’ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu.” Kami jawab: “Tidak.” Maka dia duduk bersama kami sehingga ‘Abdullah bin Mas’ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya.

    Lalu Abu Musa al-Asy’ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud), aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat alhamdulillah melainkan ia baik.”

    Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) bertanya: “Apakah ia.”

    Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk di dalam lingkungan (halaqah) menunggu waktu sembahyang. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki (ketua
    kumpulan) itu berkata “Takbir (Allahu Akbar) 100 kali” maka mereka pun bertakbir 100 kali. Apabila dia (ketua kumpulan) berkata “Tahlil (Lailahaillallah) 100 kali maka mereka pun bertahlil 100 kali. Apabila dia (ketua kumpulan) berkata “Tasbih (Subhanallah) 100 kali maka mereka pun bertasbih 100 kali.”

    Tanya ‘Abdullah bin Mas’ud: “Apa yang telah engkau perkatakan kepada mereka?”

    Jawabnya (Abu Musa): “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu.”

    Kata ‘Abdullah bin Mas’ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang
    sedikitpun?”

    Lalu dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berjalan dan kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia (‘Abdullah bin Mas’ud) tiba kepada salah satu daripada lingkungan
    (halaqah) berkenaan. Dia (‘Abdullah bin Mas’ud) berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan ini?”

    Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud)! Anak-anak batu yang dengannya kami menghitung Takbir, Tahlil dan Tasbih.”

    Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud): “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikitpun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih ramai lagi, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi jiwaku berada di tangan-Nya, apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk dari agama Muhammad, atau sebenarnya kamu
    semua pembuka pintu kesesatan.”

    Jawab mereka : “Demi Allah wahai wahai Abu ‘Abdul Rahman (‘Abdullah bin Mas’ud). Kami hanya bertujuan baik.

    Jawabnya (‘Abdullah bin Mas’ud) : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak mendapatinya.”
    - Hadis sahih riwayat Imam al-Darimi di dalam Sunannya, Kitab al-Muqaddimah, no: 206.

    ReplyDelete
  11. Benar semua mengaku merekalah yang benar tetapi kita ada sifir yg membolehkan kita tentukan mana yg benar dan mana yg salah.kalau mereka cakap 2-1=3 maka kita tau jawapannya salah.

    Apa sifir itu?? Al-Quran dan As-Sunnah.

    Tetapi harus dimengerti bukan dengan kefahaman sendiri terhadap ayat dan hadis. Di sini ramai yg tersalah anggap.Mereka menganggap kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah dengan makna baca dan faham sendiri hadis dan ayat tanpa merujuk kepada syarah hadis daripada ulama' muktabarah. Siapa ulama' mu'tabarah itu??. Ulama' yg diakui sepanjang zaman oleh ulama' yg lain yg sezaman atau kemudian.bukan mengaku sendiri.bukan dgn syarat ada PHD dlm bidang hadis.Orientalis barat ramai yg PHD dlm bidang hadis bahkan menghafal ribuan hadis beserta sanad. Apakah pandangan mereka dikira??

    Kalau kita nak tahu makna hadis yg ada di dalam kitab bukhari kita merujuk kepada syarah Ibnu Hajar Al-Asqalani kitabnya fathul baari yg diberi gelaran ummul mukminin fil hadis.

    Kalau nak faham sahih Muslim kita kena rujuk syarah sahih Muslim Imam Nawawi.

    Memahami hadis dan ayat dengan kefahaman sendiri bukan dengan kefahaman yg diajar oleh ulama' menyebabkan kita menyalahi murad (maksud sebenar) yg ingin disampaikan oleh Nabi SAW. Mafhum hadis yg kita fahami belum tentu itu murad Nabi SAW. kerana kefahaman kita terlalu cetek dan ilmu kita terlalu sedikit utk membuat penilaian ke atas satu2 hadis.

    Begitu juga dengan Al-Quran. Mesti merujuk kepada ulama' mufassirin.apa murad sebenar satu2 ayat dan apa asbabul nuzul dan sebagainya.

    Mengenai hadis yg akhi doc tanyakan. Ana tidak tahu mengenai hadis itu tetapi ana yakin itu hadis sahih berdasarkan sumber kitab yg akhi tulis.

    Tetapi persoalan yg ana nak tanya. Akhi pernah rujuk ke tidak kepada syarah hadis tersebut? Apa asbabul wurud hadis tersebut.siapa mereka yg sbnrnya berzikir tersebut dan kenapa Abdullah Mas'ud marahi mereka. Apakah dgn semata2 zikir mereka atau ada yang lain.

    Kita sama2 buat rujukan..Semoga Allah hidayahkan kepada kita kebenaran dan mengikut kebenaran.

    Syukran Akhi kerana berbincang dengan baik..kita sama2 masih belajar..semoga Allah menerima segala amalan kita..

    ReplyDelete
  12. bercakap ttg sisten pondok ni,ada 1 je ana nak bincangkan. di pondok kita byk bljar ilmu-2, ttp Ulum Hadis tidak banyak mereka yang mengetahuinya sehingga ramai dikalangan mereka menyebarkan hadis-hadis palsu(maudhu`). so apakah pandagan Ust baout that? contoh yang ana bleh bagi mcm mengatakan bacaan Yasin mlm jumaat merupakan sunnah yang diamalkan Rasulullah s.a.w sedangkah hadis tersebut adalah Maudhu`(palsu). jd mcm mana kita beribadah dengan suatu syariat yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. ust boleh post ke emel ana jawapannya atau tulis di dalam blog ust ni. ni emel ana (musa_maahad@yahoo.com). wassalam.

    ReplyDelete
  13. saya rasa senang dengan pendapat2 yang ust. tulis...adalah bertambah ilmu yang selama ini saya tercari2...

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..itulah matlamat drpd penulisan saya..berkongsi sesuatu yg boleh dimanfaat bersama..terima kasih PIANED.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa