Skip to main content

Aduhai Adsense

Hari ni saya nak cerita sikit pasal rahsia adsense. Kalau yang tak minat tu tak payah baca ler tapi kalau nak baca gak sebab nak tahu boleh je. Kawan-kawan perasan tak blog saya ni ada iklan adsense?? Mestila perasan kan cuma tak nak klik je. Hehehe.. Nak tahu?? Jom baca,,

Kepada yang tak tahu lagi, google adsense ni dia tak boleh terima blog 100% Bahasa Melayu macam blog saya ni. Sebab dia tak boleh nak relate dengan iklan dia. Tapi setelah membuat sedikit kajian dan penyelidikan (hehehe..macam nak wat PHD) saya telah menjumpai satu rahsia. Caranya simple sahaja, tapi risikonya berkemungkinan pakcik google akan marah dan ban akaun saya. Sekarang masih lagi dalam eksperimen. Kalau ikut syarat yang ditetapkan kita tidak dibenarkan mengubah code iklan dia. Tapi saya takdela ubah cuma buat penambahan code sikit. Kira ubah juga la kan sebab berubah dari code asal dia. huhuhu..


Kalau kawan-kawan berminat nak pasang adsense di blog Bahasa Melayu boleh contact saya tapi kalau kena ban jangan salahkan saya. Sebenarnya ada je pakar-pakar adsense yang guna trick ni. Takde masalah katanya. So, saya yang newbie ni ikut je kata pakar. Saya harap ini akan meningkat earning adsense saya. Boleh nak buat tambang flight ke Mesir.


Setakat ni tak sampai 2 dolar pun. Ingat nak tumpu pada nuffnang tapi nampak macam tak berapa menjadi. Tu yang saya masukkan balik iklan advertlest. Kelebihan Advertlets ni kalau orang tak klik pun dia bayar gak. Ikut page impressions. Kalau kena cara boleh la kalau nak dapat RM15 sebulan.


Nuffnang tak suka kita letak iklan advertlest dalam satu blog bersama dengan iklan dia tapi takdelah sampai kena ban cuma beberapa hak keistimewaan dikurangkan. Kalau kita letak dia sorang, dia akan bayar 25 sen per click tapi kalau ada advertlest dia bayar 15 sen je.


Personally, saya lebih suka advertlest. Sebenarnya dua-dua ada kelebihan masing-masing. Bagaimana kita nak tingkatkan traffic ke blog kita itu yang paling penting.


Untuk tatapan kawan-kawan saya upload screenshot earning terbaru saya di bawah. Sharing is caring;

clip_image002

"Tak sampai 2 dolar pun lagi,, lambatnya nak jadi jutawan..hehehe"

clip_image004

Comments

  1. Bro...

    Don't waste your time with Google AdSense. It's not worth it. Wait until the economy is getting better, only then advertisers will pay big money for their ads.

    ReplyDelete
  2. Nice ada peningkatan...

    ReplyDelete
  3. Tq.. i give credit to blog.udnamafaza.com.

    ReplyDelete
  4. edit code? matlamat x menghalalkan cara. kalau bende tu x kene ngan adsense punye rule ghentikanle.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa