Skip to main content

Adsense Porno


Apa hukum adsense ustaz??

Memandangkan ada sahabat yang bertanya, maka saya cuba memberi sedikit panduan. Hukum adsense mubah (harus) pada hukum asalnya kerana tidak terdapat unsur kezaliman kepada mana-mana pihak. Asas jual beli dalam Islam ialah saling meredhai dan tidak wujud unsur penipuan atau yang haram. Google adsense telah mensyaratkan kandungan blog tidak mengandungi unsur-unsur gambar lucah, video porno atau minuman keras. Walaupun begitu tidak semua blog porno di ban oleh google. Ini kemungkinan disebabkan Encik Google terlepas pandang atau kerana blog tersebut tidak mengandungi porno yang melampau. Blog porno mudah untuk mendapat traffic yang tinggi dan menjamin hasil pulangan yang lumayan kepada earning adsense.


Persoalannya apa hukum hasil adsense yang sebegini??

Hukumnya HARAM. Porno atau separa porno atau melayuboleh atau yang seumpama dengannya adalah HARAM. HARAM juga jika kita membuat satu video yang menipu dengan memasukkan sedikit unsur porno supaya pengunjung masuk ke blog kita walaupun blog kita sebenarnya tidak mengandungi apa yang dihajati oleh pengunjung. Agar duit yang kita dapat daripada google adsense terjamin kehalalannya maka sepatutnya bagi seorang Muslim menjaga hal-hal sebegini. Jangan hanya difikirkan untuk mencari keuntungan sahaja tanpa mengira sumber yang halal atau haram. Duit yang kita dapat tidak akan ada keberkatannya. Bayangkan apabila kita makan maka ia akan menjadi darah daging kita dan Rasulullah SAW ada mengingatkan "Setiap tubuh yang tumbuh hasil daripada makanan yang haram maka api neraka terlebih utama baginya"


Biar sedikit asalkan berkat daripada banyak tetapi mendapat murka Allah SWT.

Comments

  1. Ustaz, bagaimana pula dengan iklan Adverlets, Nuffnag ni yang mengiklankan bahan-bahan hiburan, gossip2 artis...yang termasuk dalam benda-benda yang melaghakan...

    Tidakkah itu juga syubhah...

    ReplyDelete
  2. Betul tu..advertlets kita boleh set up supaya tida keluar iklan-iklan yang tidak baik..nuffnang rasanya tak ada. menjadi tanggungjawab pengunjung supaya tidak mengklik iklan2 sebegitu. Syarikat iklan bukan daripada orang Islam.ini yang menjadi masalah.sepatutnya programmer2 Islam boleh memikirkan utk menyediakan alternatif kepda iklan yang lain.

    ReplyDelete
  3. Di nuffnang kita boleh tahu iklan apa yg diklik.so kalau ada iklan yg haram kita boleh tolak nanti bila dapat duit.

    ReplyDelete
  4. Betul kita boleh mengetahui iklan apa yang diklik, tetapi tidakkah mengiklankan bahan-bahan hiburan di blog kita, itu pun sudah dikira perkara yang syubhah.....bagaimana kalau ada pelawat yang terpengaruh dan klik pada iklan2 spt iklan bahan hiburan....tidakkah ia berpunca dari owner blog yang mengiklankannya...?

    Soal menolak duit pada iklan haram tu satu, soal mengiklankannya pada umum tu satu...ia dua perkara yang berbeza

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan En Anonymous. Saya pun fikirkan soal ini.

    Secara default adsense, advertlest dan nuffnang tidak membenarkan iklan porno namun tidak iklan hiburan. maka menjadi tanggungjawab blog owner utk meng"filter" link iklan yang mereka tak nak paparkan. kita boleh lakukan dengan melihat link yang keluar. Kita buka web tu dan kita tengok contentnya.

    Filter boleh dilakukan di google adsense sahaja. Perlukan kesungguhan dan perhatian owner untuk menjamin rezeki yang halal. Saya telah meng"filter" beberapa laman web yang telah keluar di blog saya. namun masih banyak yang akan keluar. Sila maklumkan kpd saya jika kalian ternampak seumpama iklan ini.

    Kadang-kadang keyword yang keluar menggunakan perkataan yang agak porno tetapi contentnya sebenarnya tidak.

    Jika di nuffnang kita boleh melihat iklan apa yg diklik seperti link gambar di bawah;

    http://picasaweb.google.com/lh/photo/nAZeoK5zZkEFiISUuJiwDQ?authkey=xjan24wU8HQ

    Syukran..

    ReplyDelete
  6. tapi setakat nih nuffnang hanya kuar taylor college ngan nescafe kickstart?! haha.
    aritu de kua My Eg gmbar pompuan tp content dye pasal belajar apentah..
    huhu

    ReplyDelete
  7. nuffnang ni dia ikut page impression..kalau ramai masuk baru dia keluar iklan macam2..kalau xsmp brp ntah dia xkan keluar..so rajin2la impress blog sendiri.hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa