Skip to main content

Abdullah Fahim menolak fahaman wahabi

Di bawah ini wasiat daripada Syeikh Abdullah Fahim yang saya salin semula ke dalam tulisan rumi;


بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أما بعد

Tuan-tuan sedia maklum beratus-ratus tahun bahawa orang bangsa Melayu se-Malaya ini dari peringkat ke bawah hingga ke peringkat ke atas, awam-awam, qadhi-qadhi, ulama'-'ulama', menteri-menteri hingga raja-raja sekalian mereka itu bermazhab dengan mazhab Al-Imam As-Syafi`ie ijma`an (secara ijma') tiada seorang pun yang bermazhab lain daripada mazhab Syafi`i (يحرم خرق الإجماع / diharamkan menyalahi ijma`).

Ambil mereka itu hukum-hukum fiqh Syafi`ie daripada kitab Tuhfah dan kitab Nihayah hingga kitab al-Umm dan mukhtasoratnya dan terjemahnya kepada bahasa Melayu seperti Sabilal Muhtadin, Bughyatut Thullab dan Mathla`ul Badrain dan lainnya.
Usuluddin atas perjalanan Abil Hasan al-Asy`ari diambilkan daripada syuruh dan hawasyi Ummul Barahin dan Jawharah dan sebagainya daripada kitab-kitab Melayu.
Ilmu tasawwuf atas perjalanan al-Imam al-Ghazali diambilkan daripada Minhajul 'Abidin, Ihya` Ulumiddin dan terjemahnya kepada Melayu seperti Siyarus Salikin.
Maka ini kitab-kitab dan seumpamanya segala hukum dalamnya kesemua mustanbath(yg di ambil/dikeluarkan hukum) daripada Quran dan hadis yang dihalusi dan ditapis oleh ulama-u ajilla` (ulama yang terkemuka) diamal dengan dia sudah lebih daripada 1000 tahun dan diterjemah kepada bahasa Melayu beratus-ratus tahun.


Syeikh Abdullah Fahim Rahimahullah Ta'ala
(Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)

Ulasan Penulis;

Isu wahabi bukanlah isu baru. Bukan isu yang direka-reka oleh mereka yang membenci Ibnu Taimiyyah atau Muhammad Ibnu Wahhab (seperti dakwaan puak-puak wahabi) buktinya seperti yang kita dapat lihat di atas. Syeikh Abdullah Fahim yang masyhur dengan kealimannya dan kewaliannya telah meninggalkan wasiat yang amat bernilai buat kita agar tidak terpedaya dengan seruan kembali kepada sunnah padahal ingin membawa punah dalam masyarakat Islam. Kepada penuntut ilmu perhatikan kitab-kitab yang disebut dan sama-sama kita mempelajari nya kerana inilah mutiara-mutiara peninggalan ulama'-ulama' kita berdasarkan manhaj ahli sunnah waljama'ah.

Pada saya tidak timbul soal kebenciaan kita pada wahabi kerana apa yang kita lihat golongan wahabi lebih banyak yang membenci dengan membida'ahkan dan menyesatkan masyarakat Islam dan ulama' ahli sunnah waljama'ah. Siapa benci siapa sebenarnya?? Siapa yang mulakan semua perselisihan ini?? Jika tiada wahabi maka tidak akan ada yang menentang wahabi. Penentangan ini bermula bila wahabi menentang mazhab, mengkritik ulama' mu'tabar, membida'ahkan dengan perkara khilafiyyah, beri'tiqad dengan akidah mujassimah dan sebagainya.


Berkata Ibnu Sirin (ulama' hadis);

إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu" -Kenyataan ini sah mengikut kaedah ilmu hadis kerana diriwayatkan daripada ulama yang sah mengikut Imam Muslim. Lihat Sahih Muslim dan Bazlul majhud 1/25.

Comments

  1. Salam,

    Peringatan yang sangat baik. terima kasih akh al-amin. Semoga puak-puak pro wahabi membuka mata dan muhasabah diri kembali...

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Wslm..

    Terima ksh kpd akh anwar..Peringatan buat kita juga agar terus belajar dan mendalami aqidah ahli sunnah waljamaah yg sebenar.

    ReplyDelete
  3. Jika zaman Syeikh Abd Qadir Aj-Jailani Allah uji dgn puak qadariah zaman syeikh abu hassan al-Asyaari dgn muktazilah, zaman imam al-Ghazali dgn falsafah dan zaman kita dengan salafiyayh wahbiyyah. ini ujian drpd Allah utk memantapkan lagi pegangan akidah kita..

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Ustaz.
    Mohon izin "link" ya.
    Teruskan tujuan penulisan Ustaz. Semuga sentisa dalam rahmat ALLAH SWT Yang Maha Mulia.

    almukminun

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikumusslam..

    Silakan.. Syukran 'ala kulli hal..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... mohon copy penerangan berkenaan ulama' hadis untuk penggunaan berkongsi ilmu...insya-Allah

    ReplyDelete
  7. wa'alaikumussalam..silakan..boleh dicopy mana-mana tulisan di dalam blog ini untuk tujuan dakwah..syukran..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa