Skip to main content

Adsense Earnings


Hari ini saya nak kongsi earning adsense saya untuk beberapa bulan yg lepas. Sebenarnya saya newbie dalam lapangan ni. So, banyak perkara yang saya perlu pelajari. Walaupun baru $1.45 dollar saya agak berpuas hati kerana tanpa bimbingan mana-mana mentor dengan hanya bantuan dari pakcik google saya cuba untuk melangkah lebih jauh. Kalau convert kepada RM dah 3 ringgit. Hehehe.. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini. Yang paling penting ialah kita nak ataupun tidak. Seperti prinsip yang saya pegang "tak tahu tak semestinya kita tak boleh belajar"

Kadang-kadang bila cerita pasal bisnes internet ni ramai yang akan memandang secara pesimis. Pada saya, saya lakukan ini sebagai hobi. Saya minat untuk mempelajari sesuatu yang baru dan melatih pemikiran untuk berfikir luar daripada kotak (thinking out of the box). Mana tahu hobi ini akan menjadikan saya seorang jutawan internet nanti. Hehehe...InsyAllah .. Jika diizinkan oleh Allah. Bak kata Bapak Suharto "letaklah impian mu setinggi langit walaupun kamu ngak bisa menggapainya" kerana dengan impian kita akan memulakan langkah yang pertama untuk mencapainya. Sebenarnya ramai yang telah berjaya dan mendapat income sehingga puluh ribuan ringgit sebulan.

Namun harus diingat, perkara ini bukanlah sesuatu yang mudah. Saya cakap macamni bukanlah untuk mematahkan semangat kawan-kawan tetapi sebagai penguat semangat. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Belajar dan terus belajar sehingga kita dapat apa yang kita cita-citakan. Pesanan untuk saya juga.

Kalau kawan-kawan nak tahu pasal adsense ni kawan-kawan boleh jenguk-jenguk kat sini www.adablogbuatduit.blogspot.com. Blog ini masih baru tapi mungkin ada sesuatu yang kawan-kawan dapat daripada perkongsian saya. Nanti saya akan postkan input-input yang baru yang boleh dikongsi bersama. Sharing is caring.

Comments

  1. hahaha...

    Sharing is caring? dah jadi jutawan internet nanti, jangan buat2 lupa share pulak ehh...

    RM 3 pn boleh per kalu nak share... ~ahaks

    ReplyDelete
  2. Boleh je Cikgu Eya..No problem.Cikgu Eya bagi no akaun ek..nanti ana masukkan Rm1.50..hehehe..cikgu punya pasal no hal la..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa