Skip to main content

Abg Longku Sudah Bertunang..

Ni gambar abg sulung aku dgn tunang dia. Dalam bulan 10 pada hari raya kelima nanti InsyAllah akan berlangsung majlis akad nikah diaorang. Jemputlah datang ye.hehehe.. Aku boleh doakan jela kat sini. Yela duk jauhkan. Nak wat mcmn. Bila pulak saat2 indah ini akan ku alami.. hehehe.. Semoga berbahagia ke anak cucu.. Barakallahu Fikum..



Pertunangan atau al-khitbah dlm bahasa arab ialah suatu muqaddimah kpd perkahwinan. Di dalam Islam pertunangan itu mempunyai adab dan syarat2 yg telah diajar oleh Rasulullah SAW. pertunangan di antara lelaki dan perempuan dilaksanakan bila ada rughbah (kecintaan) utk berkahwin.



ولا جناح عليكم فيما عرضتم به من خطبة النساء أو أكننتم في أنفسكم – البقرة 235

“Dan tidak berdosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu” – al-Baqarah 235



Ayat di atas merupakan dalil kpd keharusan bertunang. Meminang dgn sindiran ini bg perempuan yg dlm 'iddah kerana mati suami atau kerana talak bain (tolak yg tdk boleh dirujuk lg) adapun perempuan yg di dalam 'iddah raj'ie (masih boleh rujuk) tidak boleh dipinang walaupun dgn sindiran kerana perempuan itu masih hak suami yg menceraikannya utk kembali kpd isterinya. Dibenarkan dengan cara tasrih (jelas) atau ta'ridh (sindiran) hanya kpd perempuan2 yg belum dinikahi dan yg tidak mempunyai 'iddah.



APA HUKUM MEMINANG TUNANGAN ORANG?



Hukumnya HARAM berdasarkan kpd tegahan Nabi Saw di dalam hadis baginda dgn sabdanya :

لا يخطب الرجل على خطبة أخيه حتى يترك الخاطب قبله أو يأذن له الخاطب – رواه البخاري ومسلم

Maksudnya : “ Jangan meminang seseorang lelaki di atas tunangan saudaranya sehinggalah tunang yang pertama memutuskan pertunangan atau dengan izin tunang yang pertama kepadanya” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.



Namun di sana masih ada perbincangan ulama' jika sekiranya tunang yg pertama sudah diketahui dgn jelas seorang yg fasiq dan suka berbuat maksiat seperti kaki judi atau sbgnya maka ada keharusan jika kita adalah lelaki yg soleh, namun masalah ini perlu kepada pendetailan..

Wallahu Ta'ala A3lam..

Comments

  1. abg amin plak ble ? hehe jgn lupe jmpt tau

    ReplyDelete
  2. xtahu lg..doa2la deh..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. salam...didoakan moga ustaz dipertemukan dengan jodoh yang terbaik yang mampu menjadi sayap kiri untuk perjuangan ustaz...amin...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...