Skip to main content

eRTi sEbUah ciNTa yaNg diCaRi

Cinta?? Apa itu cinta?? Apa ada dgn cinta?? Ini soal cinta.. Soal hati dan perasaan.. Kamu tahu apa? Cinta itu kan anugerah?? Kenapa harus disia-siakan?? Bukankah Allah merahmati orang-orang yang berkasih sayang, saling cinta menyintai?? Cintakan fitrah?? Inilah ayat-ayat cinta yg selalu kedengaran di mana-mana sahaja menjadi hujjah buat sang pencinta..

Tetapi persoalan yg perlu kita tanya ialah apakah erti sebuah cinta kita untuk si dia??


Apakah cinta kita hanya sekadar ber"sms" dan bergayut di telefon sehingga nilai topup kita kalau dihitung agaknya boleh beli sebuah proton perdana agaknya.. Cuba kira sendiri mengikut kadar yg kita guna dan tambah tempoh percintaan kita bersama si dia.. semakin lama hubungan kita, semakin betambah.. tu tak campur harga hadiah untuk si dia lg, harga belanja si dia lagi dan macam-macam kos tambahan.


Apakah cinta pada kita hanya sekadar keluar bersama-sama, jalan-jalan cari makan.. berpimpinan tangan mengalahkan Shah Rukh Khan dan Kajol, menonton wayang, lepak-lepak di taman bunga sambil berbincang soal masa depan yang tidak ada masa depan sebenarnya kerana tidak ada siapa yang berani memberi jaminan dia pasti milik kita.. siapa yang berani jamin?? Habaq mai.. Dan pelbagai janji-janji manis yang selalunya akan berakhir dengan kepahitan..


Apakah cinta pada kita hanya sekadar tidur bersama, melakukan hubungan yang layak bagi sang suami dan isteri dengan janji si lelaki akan menjadikan “pelacur free” macam kita sebagai isteri dia?? Oh, tidak sama sekali. Kalau benar cintanya pada kita kenapa harus mahkota kita dihancurkan?? Kenapa tidak kita terus diikat kalau benar dia takut kita akan lari?? Atau dia memang ingin kita lari?? Bak kata orang tua-tua “habis madu sepah dibuang” Lelaki atau perempuan sebeginikah yang kita harapkan untuk menjadi ayah dan ibu utk anak-anak kita??


Apakah cinta itu yg kita kejar hanya sekadar sebuah drama bersiri yg akan berakhir dengan tangisan dan airmata?? Dia boleh meninggalkan kita dengan hanya 3 patah perkataan sahaja “kita tak serasi” “kita takde jodoh” “awak tak memahami” dan pelbagai alasan yang diberikan setelah hati sudah PUAS, BOSAN, JEMU dan setelah mendapat apa yang dia nak. Mungkin setelah bertemu dengan orang baru yang hanya semiggu perkenalan, tetapi sanggup meninggalkan kita yg ditatang bagai minyak penuh selama setahun dulu . Inikah cinta yg kita cari atau bagaimana?? Namun inilah yg kita temui dalam setiap percintaan yang kita bina.. Perkataan serik tidak pernah ada dalam kamus hidup Romeo dan Juliet tetapi jangan kita lupa perkataan mati tetap ada di dalam kamus hidup mereka..

 

"Cinta pada si dia ibarat mengejar pelangi, indah hanya seketika, datang mentari hilanglah ia"

Comments

  1. salam..1st time singgah..link dr iluvislam.com..tgh dlm xpdc m'jejak hidayah-NYA..mmg xde cinta lain yg kekal selain cinta pada DIA..

    ReplyDelete
  2. salam....saya pun terjumpa link nih dr iluvislam.com...
    saya sebenarnya dah tanya soalan ni dlm forum iluvislam tu...cuma saya nak dptkan jwpn yg btol2...

    kita x dibenarkan bergaul dengan lelaki atau perempuan jika tiada urusan yang mengharuskan..tetapi bagaimana kita hendak mencari teman hidup? saya pernah terdengar mengenai bercinta selepas berkahwin, tetapi what if orang tu end up seorang yg tidak disenangi sikapnya?

    dan bagaimana seseorang tu boleh approach the 'special one'? Xkan tiba2 nk terus pinang kot?

    terima kasih!

    ReplyDelete
  3. salam ustaz....

    saya juga ingin bertanya soalan yang sama kepada ustaz seperti apa yang ditanya oleh anonymous tu (cara perkenalan yang paling diredhai dan dirahmati oleh Allah)...harap mendapat jawapan dari ustaz...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumussalam..

    Kita boleh menggunakan khidmat orang tengah..kawan,kakak,adik,sepupu atau sbgnya..kalau kita bercinta dgn dia sekalipun apakah kita boleh tahu sikap dia yg sbnr?biasanya hanya berpura-pura dimata kekasih..bila dah kawin baru tunjuk perangai yg sebenar..tetapi jika menggunakan khidmat orang tengah yg mengenalinya..sudah tentu kita dpt mengenali diri dia yg sbnr melalui keluarga dan sahabat yg terapat dgn dia..

    Islam tdk pernah melarang perkenalan yg didasarkan utk berkahwin..disyariatkan pertunangan utk mengharuskan melihat tapak tgn dan mukanya sbg satu rahmat dr Allah..

    Apa yg kita buat kerana Allah pasti kesudahannya,kesudahan yg baik..insyAllah..

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. salam...
    jika kita tidak mencari cinta sebelum nikah semata2 kerana takut dengan maksiat pada ALLAH...
    usah kita gusar pada jodoh pertemuan kerna semuanya pasti telah tersedia buat kita..
    apa guna mencari cinta jika hanya mengundang murka,apa erti sebuah cinta jika hanya lafaz dusta,jangan dicari jangan digapai jika sesuatu yang bukan realiti...
    benar kata ustaz."apa yang kita buat kerana ALLAH pasti kesudahannya adalah kesudahan yang baik..."insyaalah....

    ReplyDelete
  7. salam ustaz..
    ada beberapa soalan...
    *sejauhmane pergaulan lelaki dan perempuan menurut syariat?
    *cinta ikut syariat-benarkah ianya ada dalam perhubungan cinta muda mudi sekarang?
    *apa pandangan ustaz sendiri dalam bab cinta?..(jika boleh dikongsi)
    harap boleh diberi ,aklum balas.
    ........syukran......

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikumussalam..

    *selagi batas syariat dijaga.
    *cinta ikut syariat hanya dengan ikatan perkahwinan kerana perkahwinan itulah syariat..
    *cinta tidak salah kerana ia fitrah manusia..namun bagaimana cara melunaskan cinta itu yg menjadikan manusia terjebak di dalam kancah maksiat.yg terbaik melalui perkahwinan kerana ia syariat yg ditetapkan oleh Allah utk pasangan lelaki dan perempuan.
    Afwan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa