Skip to main content

Kenali Al-Amin Daud

Mohd Al-Amin Bin Daud dilahirkan pada 27 Januari 1985 di Kampung Gelam, Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Beliau merupakan anak ke-3 daripada 11 orang adik beradik.

Al-Amin Daud merupakan graduan daripada Universiti Al-Azhar Mesir Cawangan Mansurah di dalam pengkhususan akidah dan falsafah, kuliah usuluddin dan dakwah. Pemegang Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin kemudian dinaik-taraf kepada Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA Beliau memulakan zaman persekolahan asas di Sekolah Kebangsaan Parang Puting daripada darjah 1 sehingga darjah 5. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa daripada darjah 5-6 kerana berpindah rumah kediaman dari Kg Batu 6 ke Kg Baung sehingga sekarang (Bukan kena buang sekolah tau..hehehehe). Selepas peperiksaan UPSR, beliau menlanjutkan pelajaran ke SMU(A) Ma'ahad Muhammadi Lilbanin (Lelaki) Kota Bharu, Kelantan.

Al-Amin Daud pada zaman kampus, beliau merupakan pelajar yang cemerlang dan aktif. Berikut anugerah dan kecemerlangan akademik beliau ;

1.Pelajar Terbaik Keseluruhan Muslimin Usuluddin untuk sesi 2006-2007.

2.Anugerah Kecemerlangan Akademik Pelajar/Mahasisiwa dan Penyampaian Hadiah Biasiswa Baitulmal MAIWP Tahun 2005/2006.

3.Pelajar Terbaik Program Diploma Pengajian Islam Usuluddin Sesi 2005-2006.

4.Pelajar Terbaik Program Diploma Pengajian Islam Usuluddin Sesi 2004-2005.

5.Anugerah Senarai Dekan Sesi Oktober 2005/2006.

6.Anugerah Senarai Dekan Sesi Jun 2005/2006.

7.Anugerah Senarai Dekan Sesi Oktober 2004/2005.

8.Anugerah Senarai Dekan Sesi Mei 2004.

Al-Amin Daud bukan hanya menumpukan kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi beliau juga merupakan pelajar yang aktif. Berikut merupakan aktiviti ko-kurikulum yang pernah disertai beliau semasa belajar di kampus dan sekolah;

1.Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia (Kategori Bahasa Arab) ke Peringkat Asean 2007 di USIM dan pernah meraih pendebat terbaik pusingan sebanyak 5 kali berturut-turut)

2.Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia (Bahasa Arab) Ke Peringkat Piala Di-Raja di IKMAS Sarawak dan berjaya ke suku akhir.

3.Pendebat Utama Universiti Darul Iman Malaysia (Bahasa Arab) ke Peringkat Intervarsity di UIAM 2005&2006.

4.Pemidato Bahasa Arab SISWA ke IPTIM 2005 di KUIS dan berjaya meraih tempat ke 3 individu.

5.Peserta Pertandingan Seni Khat Sempena Minggu Siswa&Siswi 05.


6.Peserta Sukan Syu'bah (Bola Sepak) Sempena Minggu Siswa&Siswi 05.

7.Juruseru/Jurupayung Di-Raja Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan 2002.

8.Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kota Bharu dan mendapat tempat pertama berpasukan pada tahun 2001.

9.Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Negeri Kelantan 2002.

10.Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Kelantan dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Platun PPD Kota Bharu.

11.Pertandingan Ronda Pandu Arah Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Kelantan dan berjaya meraih tempat ke-3 berpasukan tahun 2002.

12.Pertandingan Ujian Undang-Undang Tahunan Kor Kadet Polis Kontinjen Kelantan dan mendapat tempat ke-3 berpasukan tahun 2002.

13.Pemegang Bengkung Merah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.


Al-Amin Daud juga aktif berpersatuan dan berorganisasi. Berikut jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh beliau ;

1.Penasihat Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia 2007.

2.Pengerusi Kelab Debat Bahasa Arab Universiti Darul Iman Malaysia Sesi 2005/2006.

3.Timbalan Yang Di-Pertua Persatuan Pelajar Usuluddin KUSZA Sesi 2004/2005.

4.Ahli Persatuan Mahasiswa Usuluddin (PMUS) Sesi 2004/2007.

5.Exco Majlis Perwakilan Pelajar SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki Sesi 2003.

6.Timbalan Pengerusi Kor Kadet Polis Platun Maahad Muhammadi Lelaki 2002/2003.

7.Sarjan Mejar (Kadet) Kor Kadet Polis Kontinjen Kelantan 2002/2003.

8.Koperal (Kadet) Kor Kadet Polis Kontinjen Kelantan 2001.

9.AJK Lojistik Kor Kadet Polis Platun Maahad Muhammadi Lelaki 2001.

10.Bendahari Persatuan Seni Khat Maahad Muhammadi Lelaki Sesi 2002/2003.

11.Pembimbing Rakan Sebaya Maahad Muhammadi Lelaki Sesi 2003.

12.Exco Dakwah Badan Dan Latihan Kempimpinan Islam (BALKIS) Sesi 2001/2002.

13. AJK Protokol Dan Dakwah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia Sesi 2002/2003.

14.Pengawas Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki 1999-2002. 15.Pengawas Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Kem 1997.


Al-Amin Daud dan penglibatan dalam seminar dan kursus;

1.Program Ketrampilan Graduan UDM 2007.

2.Wacana Syeikh Ahmad Al-Fathani 2006.

3.Kursus Ko-Kurikulum Pembimbing Rakan Sebaya 2006.


4.Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Dan Penghayatan Ramadhan 2004 Anjuran Biro Tatanegara.

5.Motivasi Kecemerlangan Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Kelantan 2003.

6.Kem Pengurusan Organisasi (KEMPAS 03) 2003.

7.Kursus Motivasi Kepimpinan Berasama Guru Pelatih ITD-MML 2002.


8.Kursus Kepimpinan Anggota Pangkat Rendah (APR) Kor Kadet Polis 2002.


9.Kursus Penyelarasan Pelajaran Seni Silat Pusaka Gayong Dan Kemantapan Teknik Dalam Pencapaian Bengkong 2001.


10.Kursus Waja Diri dan Peningkatan Bengkong Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia.

11.Program Mukhayyam Anak-Anak Gayong tahun 2000, 2001 dan 2002.

12.Kursus Aplikasi Komputer 1998.

Selain itu juga Al-Amin Daud menjalankan aktiviti dakwah dengan mengajar di masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Kota Bharu dan beliau merupakan antara tenaga pengajar kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir di bawah kelolaan Dewan Perwakilan Mansurah. Beliau juga pernah dijemput menyampaikan ceramah di Pejabat JKR Negeri Kelantan, Kolej Kejururawatan Kota Bharu, Maahad Muhammadi Lelaki dan masjid-masjid sekitar Kota Bharu. Beliau juga merupakan moderator soal jawab agama di laman popular www.iluvislam.com.

al-amin

IMAG0027 "Al-Amin Daud Sedang menerima sijil Anugerah Dekan daripada Timb Naib Canselor UDM"
amin 004 - Copy "Kenangan Semasa Anugerah Kecemerlangan MAIWP di PWTC Kuala Lumpur"
P1011123 "Al-Amin Daud sedang menerima sijil Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma Usuluddin disampaikan oleh Dr Abd Hakim, Dekan Sekolah Pengajian Islam KUSZA"

Pelajar Terbaik Muslimin
Pelajar Terbaik Keseluruhan Muslimin
2006-2007

Pelajar Terbaik Usluddin0506
Pelajar Terbaik Usuluddin
2005-2006

Comments

  1. good achievement!assalamualaikum ustad..bleh x tukar tulisan yg ijau tu ke warna lain..pasal latar belakang dh ijau..kurang jelas nk bc..TQ

    ReplyDelete
  2. Wa3alaikumussalam..

    Pencapaian duniawi je ni..pencapaian akhirat xtahu lagi ni..harap2 dapat pengi3tirafan mcm ni gak bila diadili di mahkamah Allah nanti.. Ameen..hehehe..tak ingat nak tukar warna sebab dulu background putih.Syukran Awi..

    ReplyDelete
  3. insyaAllah..Amiiin

    ReplyDelete
  4. Ameen Ya Rabb..

    ReplyDelete
  5. sgt mengagumkan.. tahniah pd anda ustaz...

    ReplyDelete
  6. terima kasih nana..smg Allah memberikan kejayaan kepada kita semua..

    ReplyDelete
  7. Tahniah...

    teruskan kecapi kebahagiaan dunia n akhirat..:-)

    ReplyDelete
  8. Salam....
    wah...hebatnye ustaz...tahniah2!!

    ReplyDelete
  9. Wslm..
    kejayaan itu milik Allah..alhamdulillah di atas kurniaannya..syukran mayamira..

    ReplyDelete
  10. wahhh... macam resume mintak kerje je nih hehe.. Apapun syabas diucapkan! :)Semoga terus cemerlang ye sheikh!

    ReplyDelete
  11. hehehe..memang dicopy dari resume ana pun..Syukran ya akhi..

    ReplyDelete
  12. semoga berjaya juga menempa kejayaan diakhirat sana..

    ReplyDelete
  13. ameen ya Rabb..semoga kita semua akan berjaya dunia dan akhirat..

    ReplyDelete
  14. salam. ustaz amin... lamo tok dngr kabar? guano loni... dok azhar ruponyo. dekat la kito. tahun bilo gi? ingt ana lgi dok? ana daus hak dok mitok buah sokmo ngn nta la...hehehe. mantap loni nta..ana gi mesir tuh thun lps. klu ana thu kito buleh jupo. hehe.

    ReplyDelete
  15. Wslm..ana mai sini tahun lepas jugak..enta duk mana ni??ana duk mansurah..firdaus silat ko??mitok buah silat ko buah gapo ni??maila jale umah ana..

    ReplyDelete
  16. ho ana la tuh. ana dok jordan. aloh la ana baru jah gi cairo tahun lepas. tok tahu anta ado mesir. anta la mari jln2 joden pulok. tokkan tokse mari jln2 sini. ana dok lepok ARMA ari tu. umah zulhazmi

    ReplyDelete
  17. ooo..ana biasa gak tido kat ARMA..dop jupo pulok deh..hehehe..insyAllah ada gak perancangan nak gi sana..ada rezeki insyAllah smp la tuh..

    ReplyDelete
  18. Salam'alaik..

    Alhamdulillah...
    Semoga begini malah lebih lagi Anugerah yang bakal Allah berikan di pengadilan Allah nnti...

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikumussalam...
    Alhamdulillah ana panjat syukur ke hadhratNya..kerana kejayaan hanya itu milikNya..Sesungguhnya kejayaan di sana yg hakiki..

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum....

    ana kagum dengan kejayaan ustaz...
    semoga ALLAH mengangkat darjat ustaz di akhirat kelak....
    insyaALLAH..
    ^_^

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikumussalam..

    Kagumlah dengan yang memberikan kejayaan ini..Kerana kejayaan ini daripadaNya.Ameen Ya Rabb..Semoga Allah mengangkat darajat kita semua..

    ReplyDelete
  22. salam....mga kjyaan didunia diiringi smpai akhirat..nk tye ckit,,thu x biodta psl Dr.Muhammad Yamin Ismail..?pengurus baitulmal MAIWP...thu x mcmne nk cri kt mne biodta dia...klu thu la,leh tlong..

    ReplyDelete
  23. Wslm..Ameen Ya Rabb..Ana tak tahu biodatanya..ana cuba bukak laman MAIWP tapi xdapat bukak..cuba tengok di situ..mungkin ada..Syukran komen di sini..

    ReplyDelete
  24. salam.....kejayaan mlik ALLAH dan dnisbahkn kpd hamba yg berusaha dan brsyukur...arju kte smue mndapat kjayaan di akhirat sana..insya ALLAH..ameen.....

    ReplyDelete
  25. Wslm..
    Ya benar..Ameen Ya Rabb..Usaha itu tugas kita dan kejayaan itu kerja Allah..Allah akan anugerahkan kepada sesiapa yang dia kehendaki..sesungguhnya kejayaan yang hakiki itu ialah kejayaan di darul baqa'..

    ReplyDelete
  26. salam
    pengiktirafan yang banyak.
    ustaz sangat aktif, ana tabik ustaz.
    ana pun sebenarnya kepingin kalau dapat aktif mcm ustaz-byk pgkt, pergi seminar itu ini, dpt penghargaan cemerlg, pgkt pemimpin

    ana pun kdg2 teringin juga nak dapat macam nie, tetapi kurg keyakinan diri untuk jadi pemimpin, kne bertanggungjawab. takut2 xjlnkn amanah dengan betul dan jujur.

    mashaALLAH

    lagi satu, ana tabik dengan ustaz kerana imej ustaz yang lain daripada yang lain dan untung kalau dapat ustaz jadi suami.tenang je tengok...tetapi bukn tatap, jgn salah faham.

    interest jugk klu tgk ustaz pki tarbus...=D
    sekarang ustaz belajar kat mesir la ye?hanya bertanya. maaf kalau menyushkan. nmpk ye lepas nih boleh la sye wat pertanyaan soal jawab agama kat sini. lgpn sye kurg rujukan untuk berty soalan itu memandangkan saya telah tamat persekolahan dan tiada ustazah dan ustaz yang boleh saya rujuk.

    saya pun hanyalah manusia biasa yang lemah dalam bab agama.

    kredit to ustaz sbb layout nih cun, cantik dan sesuai untuk ustaz.*thumbs up

    ReplyDelete
  27. wa'alaikumussalam..

    Besar sgt pujian tu..ala kulli hal pujian itu kembali kepada Allah..haza min fadhli rabbi..Segala kejayaan duniawi itu hanya kejayaan yg maknawi sahaja bukan kejayaan hakiki..kdg2 ia dtg utk menguji kesyukuran kita pdNya..

    Ya skrg ana berada di mesir..masih mencari mutiara2 musa dan khidir yg terbenam di padang pasir..

    Sememangnya tujuan blog ini ingin membantu sesiapa yg ingin memahami Islam..boleh je tnya..ana akan cuba jawab skedar termampu..

    Jazakumullah khairan jazak..

    ReplyDelete
  28. salam ustaz..sy slalu trtinggal solat subuh..bese la bdk u kn..cmne r nk atasi masalah ni?harap dpt bantu..

    ReplyDelete
  29. wslm..solat yang ditinggalkan secara sengaja atau tidak maka wajib qadak mengikut bilangan yang kita tinggal pada bila2 masa sahaja..untuk mengatasi masalah ini,,awak perlu kuatkan diri utk bangkit menunaikan tuntutan Allah SWT..boleh digunakan alat bantu spt alarm dan sbgnya..segalanya terserah kepada kekuatan hati kita..banyakkan doa kpd Allah SWT spy digolongkan sbg org yg menjaga solat..ameen..

    ReplyDelete
  30. salam
    tahniah dpt smbg bljr di bumi anbiya mesti seronok kan
    nak tyer n minta pendapat hukum banin banat berborak dlm telefon atas sebab saje2 mcm kat kolej n universiti sekarang????
    lg 1,cmne nak terang makna ayat alquran yg bermakna lelaki yg baik utk perempuan yg baik, dan laki yg jahat utk perempuan yg jahat
    sebab ada org berpendapat lebih baik jd jahat terus klo dah dikira cmtu
    syukran

    ReplyDelete
  31. salam alaik..tahniah atas segala pencapaian..
    segalanya dari Allah kekasih abadi..moga adik2 yang lain dapat contohi..

    di Mesir nta di mana ya?

    di kelantan juga di mana?

    moga Allah sudi teruskan memberi kasihnya pada nta dan segala kemudahan untuk nta..wahai Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati..kekalkan hatinya dalam landasan iman dan islam..agar perjuangan yang ana tak dapat teruskan akan di teruskan oleh dirinya..

    ReplyDelete
  32. wa'alaikumussalam..

    syukran ukhti..segalanya milik Allah..ana di Mansurah..kelantan di kota bharu..

    Semoga Allah sudi memilih ana sebagai pembela agamaNya.. ameen Ya Rabb..

    Jika jasad tdk mampu kukorbankan. mgkn tulang belulangku berguna membina jambatan utk tentera Islam menegakkan kalimah Allah..

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum

    bismillahi masya-ALLAH.jeles nih.ust nmpk sempoi jer tp hebat rupanya.teruskanlah sifat down to earth ust.smg sgla yg dipelajari dan disampaikan akan diberkati ALLAH jua di dunia dan akhirat.amin..

    ReplyDelete
  34. ana biasa je ustazah..ustazah lagi hebat..semua orang kenal ustazah kat sini..hehehe..kita hanya berkongsi apa yg kita tahu..ustazah apa kurangnya menulis..ada bakat jd penulis besar suatu hari nanti..insyAllah..

    ReplyDelete
  35. wslm..jawapan kepada soalan fiqir_jihad.berborak saje2 tanpa tujuan yg syarie spt pembelajaran, urusan persatuan dan boleh menimbulkan fitnah maka hukumnya haram..Islam mengajar kita utk menutup pintu fitnah..

    ayat org lelaki yg baik bg perempuan yg baik merupakan sesuatu yg wajib pada adat bukan wajib pada akal..wajib pada adat sesuatu yg boleh bersalahan..lelaki yg baik utk perempuan yg tidak baik..

    Allah Ta'ala mendorong kita supaya menjadi baik dan insyAllah pasangan kita juga akan baik..tetapi jika Allah memberikan yg tidak baik itu bermaksud Allah nak tambah pahala kita dgn byk sabar..

    Di dalam tafsir2 ayat ini merujuk kepada Siti Aisyah dan Nabi SAW..

    ReplyDelete
  36. ayat ini ada kaitan dgn ayat sblmnya penzina lelaki bg penzina perempuan.. boleh baca di sini http://nazrulnasir.blogspot.com/2009/05/berfikir-dahulu-sebelum-menghukum.html

    ReplyDelete
  37. stp org ALLAH bg kelebihan berbeza,tp dgn kelebihan tu ALLAH dtgkan bersama tanggungjawab supaya msg2 boleh berdakwah ikut kemampuan dia kan..ust ana nak tny,cmne ust blh tukar2 layout tanpa menjejaskan isi kandungan asalnya termasuk widgets,followers dan lain2 tu?maaf keluar tajuk pulak.dah tny kwn2 lain tp mrk pun hadapi mslh yg sama jgk.hrp ust dpt mmbntu.

    ReplyDelete
  38. betul kata ukhti..kelebihan tu bersama tanggungjawab yang besar..

    Pasal widget semua tu ukhti backup dulu..copy and paste dalam notepad.pastu masukkan balik..followers xilang..blh add semula..macam biasa je..kalau nak ana buatkan pun boleh je..tawaran khas ni..hehehe..

    ReplyDelete
  39. Hehe apapun ana cuba sendiri la dlu nnti.Lepas imtihan kot baru blh.Klu tak jadi baru mnta bantuan dari yg pakar. JazakALLAHukhairan ust:)

    ReplyDelete
  40. semoga dapat yang terbaik..insyaallah..dunia sementara

    ReplyDelete
  41. Sedang mengikuti perkongsian ustaz dlm slot usrah nurani Radio IKIM...

    ReplyDelete
  42. Assalamu'alaikum ustaz.. saya amat berbesar hati untuk menjemput ustaz memberi ceramah di Lahad Datu Sabah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah. 2. Siapakah sebenarnya muattilah? معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817. 3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah. 4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsa