Skip to main content

Pak Pandir VS Pak Engku - Zikir Allah! Allah! Bid’ah

Pak Pandir : Zikir Allah! Allah! tidak ada makna. Nabi tak ajar bla..bla..

Pak Engku : Allah سبحانه وتعالى berfirman ;

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang. (Surah al-Insan:25)

Apakah Allah bukan nama Tuhan kamu?

Daripada Anas رضي الله عنه : Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda “Tidak akan berlaku qiamat sehingga tidak ada lagi yang menyebut di muka bumi Allah! Allah!” (Riwayat Muslim)

عَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: "لاَ تَقُومُ السَّاعةُ حَتَّى لاَ يُقَالَ فِي الأَرْضِ: الله، الله". رواه 
مسلم.

Apakah Pak Pandir ingin mengatakan Nabi mengajar perkara yang sia-sia berdasarkan kepada hadith ini?

Apakah Pak Pandir ingin mengatakan sahabat Nabi iaitu Bilal Bin Rabah رضي الله عنه mengatakan yang sia-sia kerana menyebut Ahad! Ahad! ketika diseksa? Zikir Ahad! Ahad! juga termasuk di dalam zikir ismul mufrad seperti Allah! Allah! dan Ahad juga adalah nama bagi Allah.

Pak Pandir : Guru saya tak jumpa dia membaca banyak kitab.

Pak Engku : Apakah perkataan guru kamu lebih kamu ikuti daripada Al-Quran, As-Sunnah dan perbuatan sahabat?

Pak Pandir : Dasar ahli bid’ah pakai kopiah capal atas kepala! Bid’ah! sesat! masuk neraka!

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...