Skip to main content

Kefahaman umum berkaitan Wahhabi dan Ekstremisme


بسم الله الرحمن الرحيم 
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله 
وعلى آله وصحبه ومن والاه 
أما بعد

Wahhabi sangat marah apabila disebut Tauhid 3 menjadikan mereka kelompok ekstremis. Lantas mereka akan berhujjah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama'ah juga ada yang ekstrem.

Kita perlu bezakan antara manhaj dan individu. Adapun yang disebut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah juga ada yang ekstrem itu merujuk kepada individu bukan manhaj kerana manhaj Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah tidak pernah mengkafirkan atau menyesatkan seorang muslim di atas perbezaan pada cabang agama.

Berbeza dengan Wahhabi, manhaj mereka itu sendiri yang mengajar mereka untuk menjadi ekstrem di dalam beragama. Mereka menyesatkan umat Islam di atas perkara khilafiyyah furu’iyyah (cabang) agama seperti tawassul, tabarruk, amalan baru yang mempunyai dasar di dalam agama dan lain-lain. Mereka juga menganggap hanya pendapat yang mereka pilih sahaja yang benar. Selain mereka tidak benar. Mereka juga menganggap hanya mereka sahaja yang mengikuti sunnah dan selain mereka adalah ahlul bid’ah.

Inilah ciri-ciri khawarij yang ada pada kelompok mereka. Maka tidak hairan jika para ulama menganggap mereka sebagai khawarij moden. Di mana khawarij yang awal mengkafirkan umat Islam yang melakukan dosa dan khawarij moden mengkafirkan dan menyesatkan umat Islam di atas amalan hasanah yang dianggap dosa oleh mereka.

Wahhabi yang taqiyyah selalu bermain dengan kata-kata manis supaya tidak dilihat sebagai ekstrem. Sebagai contoh mereka mengatakan “Kami kata bid’ah je kami tak kata sesat masuk neraka kepada orang yang menyambut maulid, mengadakan tahlilan, yasinan, talqinan, zikir berjemaah selepas solat, membaca qunut subuh dan sebagainya. Hakikatnya, bid’ah di sisi mereka tidak ada makna yang lain melainkan sesat dan masuk nereka sesuai dengan zahir hadith yang mereka fahami.

Begitu juga mereka mengatakan “Kami tidak menolak asyaa’irah. Kami menganggap mereka Ahl al-Sunnah”. Hakikatnya, asyaa’irah adalah musuh utama akidah tasybih dan tajsim mereka. Bagaimana mereka menerima musuh akidah mereka dan mereka menerima dua akidah yang berbeza? Ternyata ini merupakan taqiyyah (penipuan) mereka kepada umat Islam sehinggalah mereka mendapatkan kuasa dan mereka akan zahirkan manhaj ekstrem mereka yang sebenar.

Begitu juga mereka mengatakan “Kami juga bermazhab syafie. Kami tak taksub mazhab”. Hakikatnya, bermazhab adalah kesesatan di sisi mereka. Kerana orang yang bermazhab di sisi mereka bermakna telah meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah dan mendahulukan para ulama di dalam memahami agama. Bahkan mereka menyamakan orang yang bermazhab seumpama mengambil pendeta sebagai Tuhan selain Allah dengan berdalilkan zahir ayat 31 surah at-Taubah.

Mereka yang pernah mengikuti manhaj wahhabi dan telah kembali kepada perjalanan Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama'ah yang sebenar, pasti akan faham bagaimana manhaj salafi wahhabi membentuk pemikiran ekstrem mereka. Begitulah pemikiran yang kita boleh dapati di dalam kitab-kitab tokoh mereka. Saya secara peribadi membaca dan mengkaji banyak kitab-kitab tokoh wahhabi dan kitab-kitab para ulama yang menolak kefahaman wahhabi semenjak awal pengajian lagi.

Saya bawakan contoh di sini bagaimana untuk memahami manhaj ekstrem Wahhabi. Ketikamana wahhabi memilih pandangan haram mencukur janggut maka mereka akan menidakkan pandangan yang membolehkannya. Begitu juga ketika mereka memilih pandangan haram isbal (melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali) mereka akan menidakkan pandangan para ulama yang mengharuskannya. Secara realiti, sesama mereka yang mendakwa di atas manhaj “salaf” ini juga saling menyesatkan di antara mereka. Apalagi kelompok selain mereka? Bahkan kelompok salafi yang mewajibkan janggut dan isbal akan menuduh salafi yang menerima perbahasan fuqaha’ sebagai liberal dan bukan salaf yang sebenar. Maka muncullah istilah wahhabi madkhali, wahhabi muzabzib, wahhabi liberal, wahhabi ISIS, wahhabi khawarij di kalangan mereka sendiri.

Saudaramu,

Al-Faqir Mohd Al-Amin Bin Daud
Cyberjaya, Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must...

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan ...

Dua tangan Allah??

Menjawab kepada persoalan akhi oo Raiser di chatbox mengenai ayat 75 surah sod. Syubhah yang dibawa oleh golongan wahabi yang tidak kunjung padam ini telah mengelirukan ramai orang. Menjadi tanggungjawab kepada yang tahu untuk menjelaskannya dan menjadi fardhu kifayah sepertimana yang disebut di dalam kitab-kitab akidah. Soalan akhi oo Raiser : Bagaimana nak takwil ayat [aku menciptakan kau dgn dua tangan]? sebab ada yang bertanya pada ana, kalau tangan tu ditakwilkan dengan kuasa maknanya dua tangan tu dua kuasa la, ana nak je jawab soalan tu tapi ikut akal la, tapi takut tak valid. Firman Allah yang dimaksudkan akhi; قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْعَالِينَ “(Allah) berfirman wahai iblis apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kekuasan-Ku? Apakah kamu menyombongkan diri atau kamu merasa (merasa) termasuk golongan yang (lebih) tinggi?” (Terjemahan meng...