"Syeikh Afeefuddin Al-Jailani sedang membacakan talqin"
Artikel ini ditulis di atas permintaan sahabat untuk memahami permasalahan mengenai bidaah. Saya tidak bercadang untuk membawa dalil-dalil dari kitab-kitab yang besar untuk menerangkan masalah yang tiada berkesudahan ini. Sekadar pemerhatian, saya dapati sudah banyak artikel mengenainya ditulis yang dipetik daripada kitab ulamak dan juga dalil al-Quran dan al-Hadis. Namun apa yang ingin saya kongsikan bersama suatu kefahaman yang perlu ada kepada kita untuk memahami permasalahan ini yang sengaja dibesar-besarkan agar umat Islam terus berselisih sepanjang zaman sehingga melupakan perkara yang lebih besar daripada membincangakn masalah khilafiyah yang sudah diselesaikan oleh ulamak terdahulu beratusan tahun.
Namun, kerana wujudnya segelintir golongan yang tidak ingin berpedoman dengan kalam ulamak bahkan mereka lebih suka untuk menggunakan kalam mereka sendiri menyebabkan mereka hanyut dalam kefahaman yang mereka cipta sendiri. Ulamak dikatakan manusia biasa. Mempunyai potensi untuk melakukan kesilapan namun persoalannya apakah kita luar biasa? Apakah pandangan kita tidak ada potensi untuk silap? Sudah tentu pandangan kita yang dangkal dan tidak dipandukan dengan dowaabit syariyyah yang betul, lebih berpotensi untuk silap berbanding ulamak-ulamak kita yang jika dihitung kitab dan tulisan mereka tidak termampu oleh kita untuk merenangi lautan ilmu mereka. Justeru, menyebabkan kita hanyut di lautan yang luas bersama rakit kecil.
Sayugia difahami, untuk memahami nas syar’iyyah kita memerlukan penguasaan ilmu alat. Ilmu alat merupakan suatu sifir dan formula yang disusun oleh ulamak bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Formula ini disusun setelah mereka merenangi lautan ilmu yang luas daripada kalamullah dan kalam Rasulillah SAW. Bukan hanya berakit ke hulu lalu merasakan diri sudah hebat dan jaguh di lautan ilmu Allah SWT. Kesilapan memahami hadis Rasulillah SAW merupakan suatu pendustaan ke atas nama Nabi SAW yang dijanjikan “seat” kelas VVIP di dalam api neraka Allah SWT seperti mana yang telah disabdakan oleh junjungan besar SAW.
Bidaah bukan suatu hukum. Jika kita mempelajari ilmu usul fiqh kita tidak akan menemui satu hukum yang dinamakan sebagai bidaah. Hukum ada 5 yang disebut sebagai hukum takhlifi iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Jadi, sesuatu perkara bidaah hendaklah dihukumkan dengan 5 hukum ini samada ia bidaah yang wajib, bidaah yang haram, bidaah yang sunat, bidaah yang makruh atau bidaah yang harus. Maka kita tidak boleh hukumkan semua bidaah adalah haram kerana terdapat bidaah yang wajib seperti menyusun al-Quran di dalam satu mushaf yang kita tahu ia berlaku pada zaman Sayyidina Uthman R.A. iaitu zaman sahabat Radhiallahu ‘Anhum. Tidak berlaku pada zaman Nabi SAW. Maka Islam tidak menganggap ia sesuatu yang haram bahkan wajib kerana jika tidak disusun di dalam satu mushaf yang dikenali sebagai mushaf uthmani pada zaman kita ini maka keaslian al-Quran tidak akan terjamin kerana masing-masing akan membaca mengikut lahjah (loghat) mereka.
Saya boleh membincangkan topik ini daripada sudut bahasa arab itu sendiri. Adakah kullu yang digunakan oleh Nabi SAW menunjukkan tidak terkecuali yakni semua atau sebahagian sahaja? Tidak ada takhsis dan sebagainya. Mengapa digunakan lafaz nakirah pada perkataan bidaatin? Kenapa digunakan perkataan muaannas iaitu bida’ah tidak digunakan bid’un sahaja namun saya tidak berhasrat untuk membincangkannya pada artikel ini. Cukuplah jika kita memahami bahawa kalam nabi SAW merupakan kalam berbahasa arab dan mesti difahami dengan menggunakan bahasa arab yang betul mengikut qawaid nahwiyyahnya. Jika kita mengetahui makna bahasa arab dengan bantuan kamus jangan merasa terlalu bijak untuk memahami kalam Nabi SAW yang agung sehinggakan penyair-penyair arab yang hebat bahasanya di zaman jahiliyyah tidak dapat menandingi kesusasteraan bahasa Nabi SAW.
Kecuaian dalam memahami istilah hadis. Apakah yang dimaksudkan dengan hadis Nabi SAW? Hadis ialah “apa yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan atau perbuatan atau pengakuan atau sifat kejadian tubuh Nabi SAW atau akhlaknya”. Ulamak usuliyyun yakni ulamak usul fiqh tidak mengambil kira sifat kejadian Nabi SAW dan akhlak sebagai dalil hukum. Dengan perkataan yang lain. Ulamak usuliyyun mengambil kira 3 aspek daripada 5 aspek ini untuk menentukan sesuatu hukum iaitu perkataan Nabi SAW, perbuatan Nabi SAW dan akuan atau diam Nabi SAW.
Kebiasaan golongan yang suka membidaahkan umat Islam melihat kepada dua sahaja iaitu apa yang dikatakan oleh Nabi SAW dan apa yang dibuat oleh baginda dan mencuaikan yang ketiga iaitu hadis taqriri atau sunnah taqririyyah. Jika Nabi tak buat dan Nabi tak kata maka bidaah padahal di sana masih ada satu lagi kategori hadis yang dicuaikan oleh mereka iaitu sunnah taqririyyah. Sunnah taqririyyah ialah sesuatu yang Nabi diam padanya. Nabi tidak kata boleh dan Nabi tidak kata tak boleh atau haram maka dikira sebagai harus. Pernah belaku di zaman Nabi SAW, para sahabat memakan dhob (binatang padang pasir bentuknya seperti biawak) dihadapan Nabi SAW tetapi Nabi tidak memakannya dan Nabi SAW tidak melarang sahabatnya daripada makan maka ulamak menganggap ia suatu yang halal kerana jika ia suatu yang diharamkan oleh Allah SWT maka pasti dilarang oleh Nabi SAW kerana seorang Nabi tidak akan redha dengan maksiat yang dilakukan oleh umatnya dan menjadi kewajipan seorang Nabi untuk menyatakannnya. Maka inilah yang dikatakan sebagai hadis taqriri atau sunnah taqririyyah. Nabi tak kata dan Nabi tak buat tapi adakah Nabi larang? Jika tidak ada larangan daripada Nabi SAW mengapa kita memandai-mandai untuk melarang dan mengatakannnya haram?
Jika kita melarang apa yang Nabi SAW tidak larang kita juga sebenarnya melakukan bidaah yang lebih besar kerana kita mengada-ngadakan larangan sesuatu yang Nabi SAW sendiri tidak larang..
Kerana kecuaian kita dalam memahami sunnah taqririyah ini maka kita melarang apa yang Nabi SAW tidak pernah melarang seperti tahlil, berzikir selepas solat secara berjemaah, terawih secara berjemaah, talqin kepada orang yang telah mati, bacaan yasin malam jumaat dan seumpamanya bahkan nun jauh di sana ada dilalah yang membenarkan semua itu walaupun daripada sudut parktikalnya berbeza kerana ia termasuk daripada perkara yang luas dan tidak ditetapkan begini-begini. Adapun bidaah yang haram ialah seperti kita menambah bilangan rakaat solat yang secara qot’ie telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
Adapun dalam masalah baca yasin maka tidak menjadi satu kesalahan jika kita ingin membacanya pada malam jumaat atau pada malam-malam yang lain tanpa mewajibkannya. Namun dengan kelebihan surah yasin yang digelar sebagai qalbul quran (jantung al-Quran) dan kebesaran malam jumaat yang digelar sebagai sayyidul ayyam (penghulu segala hari) maka jika digabung keduanya sudah pasti kita akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.
ustaz dah tukar layout lagi.......
ReplyDeletekenapa ana tak leh bukak ya?betul ke link enta?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum sheikh, ana masukkan dalam link jomfaham ya :)
ReplyDeleteana rasa baik enta masukkan sendiri :) hehe
ReplyDeleteWa'alaikumussalam..
ReplyDeleteDah masukkan..hehehe..malu nak letak kat blog enta..tulisan biasa2 jah..hehehe..
Salam Ustaz al-Amin,
ReplyDeleteSangat tertarik saya dengan cara pengolahan ustaz tentang bid'ah. Memang kadangkala rimas dengan perbahasan ranting yang mahu dilabelkan sebagai bid'ah.
Beberapa minggu kebelakangan ini pun, tak habis-habis pelajar saya bertanya tentang hal bid'ah.
Saya telah jentik sikit hal ini secara mungkin agak kasar dalam disclaimer yang ditulis di:
http://drhasanah.com/2009/untuk-kita-kita-je-soal-jawab-tentang-haid-haidh-bahagian-1/
Semoga umat Islam akan lebih kuat bersatu dalam hal-hal yang baik, dan bukannya bersusah-payah merobohkan ummah yang dah sedia goyah.
Wa'alaikumussalam..
ReplyDeleteTerima kasih Dr Hasanah sudi singgah dan memberi pandangan di teratak buruk hamba ini.Puncanya ialah kerana kita meninggalkan disiplin ilmu dalam memahami Al-Quran dan Al-Hadis mengakibatkan kita tersalah memahami Al-Quran dan Al-Hadis.Memahami Al-Quran dan Al-Hadis tanpa disiplin ilmu yang betul menjadikan kita berhukum mengikut hawa nafsu semata-mata dengan berselindung di sebalik slogan tajdid atau kembali kpd Al-Quran dan As-Sunnah..
salam ustaz...bab bida'ah ni memang ana taraddud.
ReplyDeleteboleh tak kalau ustaz terangkan lebih terperinci.ana kurang faham.wujudkah bida'ah ni sebenarnya??wujudkah bida'ah dholalah..bida'ah hasanah seperti yang masyarakat perkatakan..ada sahabat ana kata.."dah namanya bida'ah..bida'ah jugalah..mana ade yang btul..."...keliru ana..kalau betul ada jenis2 bida'ah ni...boleh bagi sekali misal die tak ustaz...syukran..
Wslm..nanti ana buat satu artikel yg lebih ilmiah utk menerangkan tentang ni..artikel ana ini utk kefahaman umum sahaja.
ReplyDeleteAslkm Ustaz.
ReplyDeleteAkak dari Trg.Jzkkhair atas artikel berkaitan bid'ah ni.Subhanallah!Satu penjelasan yang sungguh memberikan pencerahan!Semoga ustaz dapat meneruskan penulisan untuk perkongsian ilmu...
Akak nak tanya ustaz siket ni (diluar tajuk).Akak & suami merancang untuk meng'ulamak'kan anak2 lelaki kami (walaupun akak&suami bukan dlm aliran agama).Namun sedari dulu,itulah cita-cita kami.Baru-baru ini kami diberi peluang untuk menghantar kedua-dua anak lelaki kami tu ke Maahad Bu'uth Islami,Kaherah.Setelah timbang-kira dibuat,akhirnya kedua-duanya diterima masuk dan sekarang ni sedang mengambil Kursus Bahasa Arab selama 6 bulan di Pengkalan Chepa,Kelantan.
Peperiksaan pertama yang diambil,Alhamdulillah.Yg sulong dpt Mumtaz dan anak ke-2 akak dapat Jayyid Jiddan.Minat keduanya untuk menjadi penghafal al-qur'an juga memang tinggi.
Masalah akak - macam-macam yang negatif pulak akak dengar berkaitan kehidupan dan pembelajaran di sana.Jadi akak nak mintak tolong sangat-sangat kalau boleh ustaz ceritakan serba sedikit apa persediaan yg sepatutnya diambil dan apa nasihat ustaz terhadap keputusan akak&suami menghantar anak-anak ke sana? Rasanya nak mengundur diri dah terlewat.Akak perlukan sedikit kekuatan sebelum mereka bertolak ke sana pada bulan Ogos nanti,InsyaAllah.
Anak akak tu yg sulong-14 tahun, yg kedua 12 tahun.
Jazakallahu khairan kathiran ustaz atas nasihat dan pertolongan yang bakal diberikan.Semoga hidup ustaz sentiasa di bawah lembayung dan Rahmat Allah.Ameen...
Ustaz, email akak (lupa nak taruk) klinikummi@yahoo.com
ReplyDeleteWa'alaikumussalam..
ReplyDeleteSaya akan email akak..InsyAllah..Terima kasih sudi bertanya pandangan kat sini..
Salam ziarah,,sebuah blog yang menarik,,,jemput ziarah ke blog saya untuk tujuan muzakarah dan sila add blog saya sebagai rakan blog anda...Jazakallahkhair....
ReplyDeletesalam.ustaz.maaaf terkeluar tajuk.nak tanya pasal sirah.betul ke, masa peristiwa hijrah,bukan Ali yang ganti tmpt tidur Rasulullah dan cerita sarang labah -labah yang menutup gua itu semuanya palsu,ia direka oleh syiah.ana dengar ceramah dr seorg ustaz kat k.kerian .
ReplyDeleteWslm..cerita Saidina Ali yang menggantikan Rasulullah dan cerita labah2 ada di dalam sirah Islam.Biasanya golongan wahabi yg menolak riwayat ini..Saidina Ali sahabat Rasulullah,sepupu Rasulullah dan menantu Rasulullah..mencintai beliau bkn beerti kita syiah..berhati2 dgn syiah dan juga wahabi..
ReplyDeleteSalaam,
ReplyDeleteterima kasih ustaz untuk kupasan yang ringkas dan padat ni. saya dulu ada juga dengar pasal perkataan bidaah ni cuma masa tu tak ambil tau pasal hal agama sangat. saya baru nak berjinak2 dengan ilmu2 Islam jadi masih banyak tak tau.
saya nak minta penjelasan lanjut. berkenaan ustaz kata "Jika kita melarang apa yang Nabi SAW tidak larang kita juga sebenarnya melakukan bidaah yang lebih besar kerana kita mengada-ngadakan larangan sesuatu yang Nabi SAW sendiri tidak larang.."
daripada ayat tu apa saya faham. takpa buat kalau nabi tak pernah larang.adakah maksudnya kalau perempuan nak menjadi imam kaum lelaki untuk solat jumaat adalah dibenarkan. sebab takda larangan daripada Nabi SAW. saya dahulukan dengan terima kasih.
Assalamu'alaikum ananymous:
ReplyDeleteSila rujuk di sini :
http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=7&ID=6805&CATE=3600
Sangatlah menghairankan apabila para pelajar ilmu syariah (kebanyakan pelajar yang baru masuk dalam bidang ini) tergesa-gesa memberikan fatwa dalam pelbagai persoalan yang sangat pelik dan masalah yang sangat penting, mendahului para ulama besar, bahkan berani menentang para imam mazhab besar, para sahabat yang mulia, dengan menyombongkan diri seraya mengatakan, "Mereka orang lelaki, dan kami pun orang lelaki."
ReplyDeletePertama-tama yang diperlukan oleh seseorang yang hendak memberikan fatwa ialah mengukur kemampuan dirinya sendiri, kemudian memahami berbagai tujuan syari'ah, memahami hakikat dan kenyataan hidup. Akan tetapi, sangat disayangkan bahawa mereka ini tertutup oleh penghalang yang sangat besar, iaitu ketertipuan dengan diri mereka sendiri. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kecuali dari Allah SWT.
hmm...habib tu macam kenal je..tapi tak ingat nama..dia biasa bagi talk lepas magrib dekat baitul aman kan?(dekat dgn dang wangi..)..dan selalu benar datang jenderam masa maulud. rindulah nak dengar qasidah..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteIni Syeikh Afeefuddin Al-Jailani. Keturunan Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani..
assalamu`alaikum..
ReplyDelete'Wslm..cerita Saidina Ali yang menggantikan Rasulullah dan cerita labah2 ada di dalam sirah Islam.Biasanya golongan wahabi yg menolak riwayat ini..Saidina Ali sahabat Rasulullah,sepupu Rasulullah dan menantu Rasulullah..mencintai beliau bkn beerti kita syiah..berhati2 dgn syiah dan juga wahabi..'
- harap tolong lihat link ini dan kaji..jawablah kembali jika kamu amanah dalam ilmu dan beragama dan buktikan maklumat dan fakta di link ini salah..
http://darulkautsar.net/article.php?contentid=186
Sabarlah ya nick takda nama. Perlahan2 dalam belajar dan mencari kebenaran. Bukan semua dalam darulkautsar tuh boleh diikut.
ReplyDeleteSyukran syeikh ibnunafis. Ana sengaja malas memberi respon kpd Anonymous. Kalau benar dia nak tahu kenapa perlu merahsikan identiti dan drpd cara dia tanya dia ingin menguji kita. Jadi kalau dia sudah rasa pandangan dia betul. cukuplah. Ana tidak mahu memanjangkan masalah ini.Lakum dinukum waliya din.
ReplyDeleteAna dah baca lama dah pun laman darulkautsar tu. Sudah ma'ruf ia laman yang berideologi wahabi seperti alfikrah.net. Jadi untuk apa kita mengaja orang yg sudah merasakan diri mereka terlebih alim dalam memahami hadis nabawi.Seribu hadis dan kalam ulamak kita dtgkan pun mereka tetap menafikan. Kita serahkan kpd Allah. Smg Allah memberi petunjuk kpd kita semua..
Salam, akak pun baru nak belajar ilmu islam walalaupun dilahirkan islam...very jahil dahulu and selalu lebih tahu 'apa orang2 tua punya pantang ' incomparison with al-quran dan hadith. Saja nak bertanya...Ustazah Fatma yang mengajar itu apa kelulusan nya??Adakah beliau mengajar mengikut Al-quran dan sunah??
ReplyDeleteAkak nak tahu sangat sebab pilihan akak untuk belajar dari ahli kitab dan al-sunah..I want someone who mengajar dengan dahlil not just telling stories (sorry maybe that didn't came out right but I guess mesti ada Nas2 nye lah).
Thank you.
Dalam agaran Islam- can we tabur2 bunga and air atas kubur? Are we not following the way of the Christians and other beleives by doing so because I often watch these western movies...they do that.Is it okay to do it eventho we sort follow the kafir people?
ReplyDeleteTolong jawab supaya akak boleh jelaskan pada keluarga.Today, banyak sangat amalan yang dilakukan tak ikut Al-quran dan Sunah but more of following adat istiadat.We surely don't want that right??
Thank you.
Wslm..syukran kepada akak yang bertanya. pertamanya boleh ana tahu ustazah fatma yang mana? Dr Fatma ke yg dimaksudkan yg biasa mengajar di dalam tv?
ReplyDeleteNiat akak untuk belajar drpd kitab dan sunnah adalah amat baik dan begitulah sepatutnya cuma persoalan yang timbul apakah orang yang mengajar al-quran dan al-hadis itu benar-benar menguasai kedua sumber itu kerana boleh jadi kefahaman mereka tersalah dalam memahami apakah yang dimaksudkan oleh Allah dan Nabi SAW. Di sebalik ilmu itu ada yang disebut manhaj. Manhaj ini merupakan kunci kepada kefahaman terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Manhaj ini di ambil daripada ulamak yang berantaian sehingga kepada tabien, sahabat dan Nabi SAW.
Utk mendekatkan kefahaman, saya umpamakan sebagai peta. Jika di tangan akak ada peta namun akak tidak menguasai formula untuk membaca peta dengan betul apakah akak akan sampai ke destinasi yang dituju?Saya tinggalkan jawapan kpd akak.
Saya tidak nafikan ada amalan khurafat dalam masyarakat kita namun penjelasan terhadap sesuatu masalah memerlukan kepada penelitian yang mendalam. Bukan sewenang-wenangnya untuk kita katakan bidaah atau sesat dan sebagainya. Kita perlu melihat kepada byk aspek untuk mengeluarkan sesuatu hukum. Sebab itu wujudnya ilmu alat seperti usul fiqh,mustolah hadis,mantiq,ulum quran dan sebagainya supaya kefahaman kita terhadap hadis dan al-quran tidak menyimpang drpd maksud yg dikehendaki oleh Allah dan Rasul.
Assalamu'alaikum wbth,
ReplyDeleteSaya berpesan kepada saudara-saudara seIslam yang dirahmati ALlah, ramai sekarang ini kata ingin kembali kepada al Quran dan Sunnah.
Perkembangan ini amatlah baik kerana kita semua mempunyai rasa ingin kembali kepada Agama. Walaubagaimanapun suka saya ingatkan agar yang ingin belajar al Quran dan Sunnah silalah belajar asas-asasnya dahulu mengenai usul feqh dan sebagainya.
Suka juga saya ingatkan, adat istiadat yang dikatakan kononnya tiada sandaran dari al Quran dan Sunnah sila selidik dahulu dan bertanya agar tidak bermudah-mudah menghukum tanpa hak dengan tuduhan sesat, bid'ah dholalah dan sebagainya.
ALlah telah berfirman yang bererti :
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)
AlhamduliLlah, sekiranya kita tahu beradab dengan khilaf ulamak maka tak perlu kita dikelirukan dengan golongan yang suka mencari salah dan membicarakan perkara ranting yang sudah lama diselesaikan oleh para ulamak muktabar.
Mengenai persoalan menjirus kubur ini dalilnya :
Hukum Menjirus Kuburan
Dalil :
Imam kita asy-Syafi`i meriwayatkan daripada Ibraahiim bin Muhammad daripada Ja'far bin Muhammad daripada ayahandanya bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. telah menyiram (air) atas kubur anakanda baginda Ibrahim dan meletakkan atasnya batu-batu kerikil. Riwayat ini terkandung dalam "Musnad al-Imam al-Mu`adzhdzham wal Mujtahid al-Muqaddam Abi 'Abdillah Muhammad bin Idris asy-Syafi`i r.a.", juzuk 1, halaman 215.
Maka perbuatan baginda inilah yang dijadikan dalil oleh para ulama kita untuk menghukumkan sunnat menjirus atau menyiram air ke atas pusara si mati diiringi doa agar Allah mencucurikan rahmat dan kasih sayangNya kepada almarhum/almarhumah. Amalan ini sudah sebati dengan masyarakat kita, walaupun sesekali ada yang mempertikaikannya.
Pihak yang melakukannya pula ada yang hanya ikut-ikutan sahaja tanpa mengetahui hukumnya dalam mazhab yang kita pegangi. Ada yang melakukannya tetapi tidak kena caranya sehingga berubah hukumnya dari sunnat menjadi makruh. Untuk manfaat bersama, amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi`i.
Tetapi yang disunnatkan hanya dengan air semata-mata dan bukannya air mawar sebagaimana kelaziman sesetengah masyarakat kita. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran. Dan mutakhir ini, timbul tradisi yang tidak sihat, di mana penziarah, terutama dari kalangan berada, membuang duit untuk membeli jambangan bunga untuk diletakkan di atas pusara, persis kelakuan dan perlakuan penganut agama lain.
Kalau dahulu, orang hanya memetik bunga-bungaan yang ditanamnya sendiri di sekeliling rumah seperti daun pandan, bunga narjis dan sebagainya yang diperolehi dengan mudah dan tanpa sebarang kos. Ini tidaklah menjadi masalah kerana boleh dikiaskan perbuatan Junjungan yang meletakkan pelepah tamar atas kubur.
Sumber : Http://bahrusshofa.blogspot.com
WaLlahua'lam
Assalamualaikum..
ReplyDeleteJazakumullahu khairan jazak kepada ustaz ibnunafis di atas nasihat dan perkongsian ilmu yang amat berharga.
seronok zaman tenet nih. ade blog nih, ade blog tuh. sorang tulis artikel kat blog, sorang komen bagi link blog lain.
ReplyDeletehape nak jadi?
gelak je la ramai2..
haih~
betul tu Dr. Hafiz Adam. Masalahnya kita takde pulak nak ganggu mereka. Kalau mereka diam daripada duk menyesatkan dan membidaahkan orang lain kita pun diam gak. Bila kita datangkan hadis dan kalam ulamak mereka kata kita ta'wil hadis. Pastu macamana nak selesai. Yang depa duk faham hadis ikut kepala otak sendiri tu xpe ke. Belajar sebutir dua kitab nak tunjuk keras kepala. Belajar bg banyak skit jumpala tuh dalil dan pendapat ulamak. Payah bercakap dgn orang yang terlebih bijak..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum ustaz...izinkan ana merujuk pd komen ustaz yg berbunyi:
ReplyDelete"Ana dah baca lama dah pun laman darulkautsar tu. Sudah ma'ruf ia laman yang berideologi wahabi seperti alfikrah.net."
ana nk tanya, ape yg menyebabkan ustaz mengatakan al-fikrah.net adalah berideologi wahabi?
sekadar untuk pengetahuan diri ini yg masih mencari2... sbb ada shbt ana yg agak fanatik dgn lmn web tu..
syukran..
-yg masih mencari-
Tan Sri di sini.
ReplyDelete"Bid'ah bukanlah hukum.."
Allah kate jgnlah kamu menghampiri zina.
Allah tak gune haram halal atau yg laen2 dlm ayat tu. Tp sume ulama istinbat hukum zina sbg haram, mainly bdasarkan ayat tu.
Jadi bile ade hadis ttg bid'ah tu sesat dan sesat tu di neraka, mestila ulama tak naif sgt, lurus bendul pegi kate, "oh, kamu lompat2 time zikir ye, tu hukum die bid'ah. Bid'ah ni laen dr haram halal mubah sume tu. Baru punye ni, hehe..."
Semestinya ade byk tafsiran thadap bid'ah tu.
Tp Tan Sri selesa dgn pegangan Dr Ramadan al-Bouti dan Dr Yusuf Qaradawi yg menolak definisi bid'ah scara feqah kpd bid'ah hasanah, hanye ade bid'ah dolalah.
Ustaz tak selesa? hehe.
Tu ustaz punye pasalla.
Janji jgn sesatkan org laen sudah.
Tan Sri berpegang kpd konsep atau kaedah yg mudah.
Asal hukum dlm perkara ibadah adalah haram.
Bile adenye dalil2 nabi pnah buat& Allah suruh sstu amalan tu, make barula jatuh hukumnya.
Ustaz Tan Sri kate asal2 hukum ini khilaf.
Tp Tan Sri selesa dgn pegangan ini.
Supaya tak perlulah Tan Sri bersusah payah melompat2 nak ingat Allah. Jgn sampai sembah berhala pun kamu halalkan nanti.
Ilmu usul fiqh tu suci.
Jgn putar belit utk nafsu sendiri.
Suke Tan Sri utk memetik dr blog Dr. Maza, kate2 Dr Yusuf Qaradawi.
Para pengkaji tidak boleh membantah bahawa tasawwuf telah terpengaruh –pada tahap tertentu- unsur-unsur asing, samada anasir Kristian, Hindu, Parsi atau Yunan, juga unsur-unsur Islam. Dalam tempoh masa sekian lama, telah masuk ke dalam tasawwuf pemikiran yang pelik daripada sumber-sumber yang disebutkan tadi atau selainnya. Sehinggakan sebahagian tasawwuf sampai ke peringkat percaya kepada al-hulul, atau al-ittihad, atau wahdatul wujud. Sebahagian mereka pula bercakap mengenai qidam nur Muhammad atau yang mereka namakan al-hakikat al-Muhammadiyyah (hakikat Muhammad). Juga mereka bercakap mengenai kewalian, para wali, kasyaf, mawajid, zauq dan berhukum dengan perkara-perkara tersebut dalam nas-nas agama. Mereka memisahkan hakikat dan syariat, berpegang bahawa dalam mendidik murid tasawwuf hendaklah dia di hadapan gurunya bagaikan mayat di hadapan orang yang memandikannya. Mereka melampaui batas dalam zuhud dan apa yang berkaitan dengannya sehingga ke peringkat terkeluar dari kesederhanaan Islam kepada kerahiban Kristian”. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyah, m.s. 94-95, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Semoga najah imtihan, insyaAllah.
Salam.
Assalamu'alaikum
ReplyDeleteSemoga tulisan saya ini dapat dibaca sehabisnya.
Tan Sri silalah baca fatwa dr said ramadhan al bouti yang menolak aqidah muhammad bin abdul wahhab. Takkan saudara tidak membaca kitab beliau bertajuk Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid'atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah, saudara tahu siapa yang beliau kritik dari kitab tersebut? Iaitu tokoh wahhabi salafi yang menghukum kafir kepada pengikut mazhab dan juga telah melakukan jenayah ilmiyyah dengan menukar beberapa kalam ulamak untuk kepentingan diri dan golongannya (wahhabi salafi)
Dan lagi satu kitabnya : As-Salafiyyah : Marhalah Zamaniyyah Mubarakah, La Mazhab Islami. Sila rujuk dan baca sendiri.
Tentu saudara tahu Dr Said Ramadhan al Bouti itu sendiri mengikut mazhab syafie, begitu dr yusof al Qardhawi banyak pendapatnya dari Mazhab Hanafi. Bahkan beliau sendiri dihukum kafir oleh mereka yang mengaku salafi sendiri.
Jadi saya harap hujjahnya jangan hanya digunakan untuk kepuasan nafsu golongan sendiri dan kemudian akhirnya beliau juga dihukum sesat!
Dan lagi dr yusof al Qardhawi pun ada juga fatwanya mengenai tasawuf, beliau tidak sesatkan secara total. Lihat di sini :
1. http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Fatawa/HakekatTasawuf.html
2. http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Fatawa/TasawufManusia.html
Saya tidak perlu memanjang perkara mengenai Dr Asri tentang permusuhannya kepada ahlu sufi, bahkan guru pondok dan mufti yang dihinanya.
Sila baca sahaja artikel ini :
1. http://jomfaham.blogspot.com/2009/04/tanggapan-artikel-kembara-ilmu-ke-india.html
2. http://jarumemas.blogspot.com/2009/05/hakikat-sebuah-kebenaran-tugas-membela.html
Janganlah bila ada ilmu yang sedikit dari ALlah ini membuatkan kita menjadi superiority hingga sanggup mencela orang lain. Ilmu ini hanya pinjaman sahaja yang boleh diambil pada bila-bila masa. Belajarlah untuk berakhlak sebagaimana yang diperintahkan oleh ALlah dan RasulNya. Makin tinggi ilmu, makin takut kepada ALlah, makin baik hubungan dengan manusia.
WaLlahua'lam
Sy petik Dr Ramadan al-Bouti sbb sy tau die tak suke Muhammad Abdul Wahab.
ReplyDeleteKalo nakkan yg lebih kental, byk saje.
Dr Yusuf Qaradawi merupakan contoh yg bagus.
Beliau adalah ulama salaf yg moderate.
Sy tidak menolak tasawuf scara total.
Sy tak maen pukul rata, mcm yg ustaz buat.
Malah Dr Asri pun tak tolak scara total.
Mungkin kali ni kasar,
takpe, sy admit kekasaran sy.
InsyaAllah lepas ni sy akan bhujah dgn lebih ilmiah.
Tp harapan sy, pegila bertalaqi jgk dgn Syeikh2 salafi. Salafi pun ade byk jenis. Mcm tariqat jgk.
Mungkin bleh sy kate, mcm syiah jgk.
Ustaz, jgnlah dgn ilmu yg sikit itu kte merase superiority dan kte mencela org lain.
Time kasih.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteAna nasihat enta balik pergilah talaqqi dengan Dr Ali Jumaah, Dr Usamah As-Sayyid, Dr Yusri, Syeikh Syaltut dan ramai lagi di Masjid Al-Azhar dan Masjid Saidina Hussin. Jangan hanya ikut kuliah salafi sahaja..
Kita tidak pernah menolak salafi yang betol tetapi kami menolak fahaman salafiyyah wahabiah..enta harus dapat bezakan ini..Tidak timbul salafi sekarang ini kerana kita berada zaman kholaf. Yang ada ialah salafiyyah. Jika enta tidak dapat membezakan makna salafi dan salafiyyah enta kena belajar nahu lagi..perbezaan ini sama dengan syafie dan syafiiyyah, maliki dan maliiyyah..
Anonymous
ReplyDelete15 May 2009 20:23
Assalamu'alaikum ustaz...izinkan ana merujuk pd komen ustaz yg berbunyi:
"Ana dah baca lama dah pun laman darulkautsar tu. Sudah ma'ruf ia laman yang berideologi wahabi seperti alfikrah.net."
ana nk tanya, ape yg menyebabkan ustaz mengatakan al-fikrah.net adalah berideologi wahabi?
sekadar untuk pengetahuan diri ini yg masih mencari2... sbb ada shbt ana yg agak fanatik dgn lmn web tu..
syukran..
-yg masih mencari-
..................................................
Wa'alaikumussalam.
Ana mengatakan al-fikrah.net berideologi wahabi dengan melihat kepada manhaj yg dibawa. walaupun mereka tidak mengaku itu bukan persoalannya. kita nak ukur seseorang itu wahabi atau syiah maka tidak dapat tidak kita mesti memahami manhaj ilmu yg sebenar. manhaj ilmu ini yg menjadi sifir dan formula utk mengukur satu2 ilmu itu benar atau salah.
Untuk memahami manhaj yang diistilahkan oleh ulamak sebagai talaqqi bil qabul boleh lihat di sini. Ceramah yg disampaikan oleh Dr Usamah Al-Azhari http://www.mymkkk.tv/view_video.php?id=533
Terima kasih kerana bertanya..
Sy tak rase tercabar dgn blog ni.
ReplyDeleteKutukla wahabi tara mana pon.
Mungkin yg kutuk2 wahabi tu yg rase tercabar.
Ustaz, sy baru nak benti respon kt blog ustaz.
Tp ustaz sedap2 main label forum al-fikrah.net sbg wahabi.
Ustaz pukul rata.
Dan sy merasakan ade ustaz bniat utk mjatuhkan forum al-fikrah.net
Blog ustaz ramai org bace rasenye.
Ustaz pon rasenye tlibat dgn forum iluvislam.
Iluvislam ade isu tidak berlaku adil dan zalim dgn fahaman wahabi.
Sbb tu sy kesah dgn ape yg ustaz tulis.
Sy faham beza salafi dan salafiyyah.
Ostad buat kepale ye.
Sy pun nak buat kepala gak la.
Serban tu lilit bagi 1 badan,
jadi mumia pun bagus.
Ustaz label2 ye.
Takpela, sy pun label ustaz.
Ustaz zikir lompat2.
Ostad mane?
Ostad zikir lompat2.
Time kasih ostad zikir lompat2.
Insya ALlah, yang membaca blog ini akan dapat melihat bagaimana akhlak mereka yang mengaku sebagai salafi tetapi sebenarnya jauh sekali akhlak mereka sebagai salafi.
ReplyDeleteUstaz al amin, ana rasa enta dah boleh delete mana2 reply yang tiada adab (mungkin juga reply saya sendiri yang ada kekasaran).
Saya yakin tan sri datang di sini bukan untuk berlapang dada, tetapi hanya membuat onar - setelah melihat tulisannya yang mencela dan menghina sesama Islam di blog ini.
terima kasih akhi..biarlah dia.dia dah bosan dia senyap la..ana pun malas sgt nak layan..ana boleh nak delete komentar dia tp ana biarkan..ana nak dengar2 juga kalau ada hujjah yg bernas tapi duk main pusing2 xde sepatah hadis pun yang dia keluarkan..
ReplyDeleteAna pun tak faham..memangla ana ni moderator iluvislam tp apa kaitannya dgn blog ana?iluvislam bukan tok ana punya.ana hanya moderator je..ana rasa al-fikrah.net yg duk label iluvislam musuh sunnah la apa..dia jeles kot sbb iluvislam ramai ahli dan mod2 yg mantap..huhuhu..
Dia ni forumer tegar al-fikrah.net.dia xleh nak buat iluvislam mcm al-fikrah dia sbb itu dia duk label iluvislam..smg iluvislam terus memartabatkan sunnah yg sebenar bukan sunnah yg difahami kepala otak mereka..
Skrg dia nak label ana ustaz zikir lompat2.sebut pasal serban.ana xfaham apa kaitannya..kadang kesian jugak..kalau budak2 boleh bg aiskrim ke apa suruh main jauh2..
Dia kata ana tercabar. Dia duk mari komen sni orang plk tercabar..pelik bin hairan betul..kalau nak jawab artikel ana takde masalah.bg hujjah2 mantap skit..ni duk main sindir2..mungkin ni kot sunnah yg mereka faham dgn kepala otak mereka.
Ana tak nampak hujjah ilmiah yg duk kritik artikel ana..duk main kritik pribadi apa hal?inikah yg mereka katakan sebagai kesarjanaan dan ilmiah..
Tido lagi baik daa..betul kata imam al-ghazali.bercakap dengan orang gila kita pun boleh jadi gila..jgn marah plk..ana tak kata enta gila ana menuqilkan kalam imam ghazali..jgn mare ya..
Apa-apa pun terima kasih sudi singgah di blog ana..
Allahu..smg ust al amin dan ust ibnuNafis terus diberi kesabaran utk islah umat.
ReplyDeleteKalau zikir lompat pun apa masalahnya. Bukan ke Allah suruh kita ingat DIA ( zikrullah) tak mengira waktu sama ada di waktu berdiri mahu pun berbaring. Kira hebat la tu.. sambil lompat pun boleh ingat Allah.. :) ( Di waktu ramai orang lalai dalam mengingati NYA )
Bukalah hati dan minda, berlapang dada, adab di utama, InsyaAllah.. kebenaran di depan mata..
Jazakumullahu khairan jazak Ummul Barakah..senang je orang yang ada mata hati nak terima..macam awak..yang jd payah ni bila kita suap kat orang yg ikat mulut dia..payah la..ana pun jadi pening..artikel ni utk mereka2 yg ingin menerima kebenaran..yg xnak..ana xboleh apa..smg Allah beri kekuatan kepada kita semua utk mengingatiNya daripada duk mempertikai org yg sentiasa mengingatiNya..
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz dan ustaz sekalian;
ReplyDeleteIzinkan saya bertanya tentang sunnah taqririyyah, apa yang saya fahami sunnah taqririyyah ini mempunyai syaratnya, jika boleh saya senaraikan:
1) Hendaklah berlakunya ketika kehadiran Nabi SAW dan ketika Nabi SAW hidup.
2) Hendaklah pelakunya itu adalah orang yang taat beragama.
Syarat ini menjadi penentu kepada sunnah taqririyyah, kerana seringkali juga Nabi SAW mendiamkan diri terhadap perbuatan orang kafir dan orang munafik. Memandangkan Nabi SAW sedar bahawa banyak petunjuk tidak akan memberi manafaat kepada mereka. Minta komen ustaz ?
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSekadar pandangan dari sudut akademik. Ilmiah sesebuah artikel itu bukanlah pada idea minda semata. Apabila membicarakan soal Agama yang tinggi levelnya maka diharapkan menukilkan kata-kata imam-imam besar dahulu kala.
Pihak Darulkautsar.com telah menerbitkan artikel bersiri tentang ilmu usul bida' yakni kaedah untuk mengecam bidaah.
http://www.darulkautsar.com/article_cat.php?CategoryID=383
Semoga bermanfaat.
Wassalam
Wa'alaikumussalam..
ReplyDeleteSaya sedang siapkan artikel memahami bidaah dan sunnah yg dikoreksi daripada pandangan ulama' dan imam-imam besar..kalau tak nak pakai juga tak leh kata apa..wahabi ni banyak auta daripada fakta..banyak cedokan yang disangka ilmiah rupanya jenayah..jenayah ilmu kerana menuqilkan dan merubah kitab-kitab ulama' mengikut nafsu mereka..kami ada bukti dan kami akan bongkarkan satu persatu..
sebelum ini ana tidak suka untuk menulis mengenai wahabi tetapi sarang tebuan telah dijolok..dayus kalau kita tidak mempertahankan diri bila diserang..
jangan hanya tanya mencopy paste artikel daripada tokoh yg kita suka..ini juga bukan ilmiah namanya..semak kitab asal yg berbahasa arab kalian akan menemui di mana kepincangannya..
Kepada tanpanama. Untuk lebih ilmiyyah dan mencari kebenaran. Lebih wajar anda tidak taksub dengan darulkautsar sahaja, belajar juga dengan ulamak-ulamak muktabar yang lain dan lawatilah laman-laman web lain.
ReplyDeleteBagi saya bila membaca laman blog al-amin ini, beliau menukilkan pandangan ulama mengenainya.
Saya menjemput saudara untuk bertamu di
Http://jomfaham.blogspot.com
Dan juga di
http://mukhlis101.multiply.com/
WaLlahua'lam
sorry to disturb. Little do i know about Islam but when talking about academic writing, i think this site has managed to support his argument with well established dalil. So there should not be any issue in regards to articles' credibility in this site. I also like to condemn people who like to argue but remain anonymous. Mr/Mrs Bohemian Virtuoso, people judge through you writing and it seems to me that you don't have any point to support your argument; worse of all you are acting like a child, shame on you.
ReplyDeleteSaya sangat suka baca blog2 Islamik spt ini sekadar nak meluaskan ilmu. Namun kecewanya saya bila melihatkan isu pro-wahabi, pro-salafi, pro-bid'ah ini di perbesarkan. Bagaimanakah caranya nak menyatupadukan umat Islam ni? Ada cadangan? Perhatikan kini Islam diserang dari pelbagai sudut namun masing2 sibuk dgn pertelingkahan dan pertikaian pendapat ttg isu2 macam ni? Banyak lagi isu yg melibatkan org Islam yg lebih besar, kita lihat dalam negara kita je la...cuba pandang kiri kanan kemungkaran ada merata2. Ekonomi org Islam di Malaysia kini jauh ketinggalan jika di bandingkan dgn org Islam. Kita bincang isu bid'ah tapi makan pun masih lagi makannan yg diproses di kilang bukan muslim dan cop halalnya org Islam yg endorse. So how? No more lame excuses. Bersatulah wahai saudara seagamaku. Bersatulah...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum yushan, insya ALlah perkara yang lebih utama itulah yang wajib diperhatikan. Tetapi dalam pada itu, anda perlu perhatikan siapa yang sengaja membuka isu-isu khilafiyyah ini sehingga mengelirukan orang awam dan perpecahan dan akhirnya banyak perkara yang dihabiskan bagi menjawab isu-isu sebegini bagi memperjelakan dan memberikan kefahaman semula.
ReplyDeleteAnda sudah lihat kesannya sekarang, dan sekiranya perkara ini tidak dibendung. Makin ramai akan dituduh kafir, sesat dan musyrik. Adakah ini yang dimahukan.
Kasihannya, orang awam melihat perkara ini sebagai pertelingkahan, Sedangkan yang dijawab oleh ulamak-ulamak selama ini dan usaha dari tuan blog ini adalah untuk memberi penjelasan dan kefahaman.
Tugas kita sekarang adalah menjelaskan bahawa perkara khilafiyyah jangan diperbesarkan (tetapi siapa yang membesar2kannya sekarang? anda patut selusuri blog ini siapa yang menyerang blog ini dengan neraca keadilan), dan ijtihad para ulamak tidak boleh dihukum sesat.
Itu belum didedahkan bagaimana mufti Perak memberitahu ada pasangan yang bercerai apabila isteri mengatakan suaminya membuat bid'ah sesat. (NAMPAK KECIL BUKAN) ? Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Tetapi juga di dunia Islam yang lain. Umat Islam di Dubai dan Abu Dabi yang bermazhab MALIKI dihukum kafir oleh mereka yang membuka isu khilafiyyah ini. (NAMPAK KECIL BUKAN?). Ulamak muktabar dari aliran asya'iroh, ikhwanul Muslimin, jemaah tabligh dihukum sesat oleh golongan ini juga. (NAMPAK KECIL BUKAN?)
Mungkin anda melihat dari sudut lain sebab kefahaman yang berbeza.
WaLlahua'lam
Benar, saya melihat dari sudut yang pelbagai dan cuba memahami dari ruang yang pelbagai. Kita semua juga harus cuba melihat sesuatu itu dari segenap penjuru meski pun kita fokus pada satu sahaja. Siapa golongan sasaran kamu? Jika org awam spt yg kamu nyatakan (kamu ini askar atau polis barangkali) maka tidak salah sekiranya kamu prihatin pada cara pemikiran org awam. Sekiranya saya ini termasuk dlm ketegori org awam maka kecenderungan saya lebih kepada penyatuan muslim. Terima kasih pada penjelasan ttg perkara khilafiyyah itu. Masej yg kamu cuba sampaikan dapat difahami. Namun mungkin jawapan bagi persoalan ttg penyatuan org Islam tidak saya temui dlm blog ini.
ReplyDeleteAkhi yushan,,
ReplyDeleteAlhamdulillah kami di Al-Azhar diajar untuk mempelajari dan mengkaji pemikiran daripada pelbagai sudut. lebih-lebih lagi ana yang takhassus di dalam akidah dan falsafah.kami diajar mengenai masuniah,'alamiyyah, musytasyrikin, syiah, muktazilah, wahabi, ahlisunnah, jabariah, sohyuniyyah dan byk lg. Di dalam ilmu alat kami diajar subjek takhrij muhaddisin, manhaj mufassirin, ulum al-quran, usul fiqh dan terlalu banyak untuk disenaraikan..
Jadi, penilaian ilmu kami berdasarkan kepada banyak aspek bukan hanya tertumpu kepada ada hadis atau tidak.. Nabi tidak buat atau tidak tetapi lebih daripada itu dengan meneroka jauh ke dalam manhaj ilmu.. terlalu banyak untuk dijelaskan.. keterbatasan ruang menjadikan ana susah untuk menjelaskan satu-satu perkara.
Bukan niat untuk berbangga tetapi sekadar berkongsi manhaj Al-Azhar yang sudah 1000 tahun lebih menjadi benteng ahlisunnah dalam menjaga kemurniaan Islam.
Ada rezeki kita berjumpa mata, ana akan cuba jelaskan kpd akhi dengan bukti rujukan dan kefahaman.. Semoga Allah memberikan petunjuk dan inayah kepada kita semua..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
ReplyDeleteSemoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk mempertahankan agama Allah (ad-Dinul Islam) daripada sebarang percubaan untuk merosakkannya ataupun sebarang perbuatan yang mengelirukan umat. Amin ya robbal 'alamin....
Syeikh, teruskan di atas jalan Allah (agama) dalam medan dakwah Syeikh. Sungguh keterlaluan saudara kita yang menggelarkan dirinya Tan Sri. Sungguh, ana nampak ketaksuban dalam dirinya. Merasakan ilmunya tinggi dan mungkin juga merasakan dirinya mampu mengistinbath hukum. Kita hidup di zaman kholaf. Zaman tabi'in, tabiit tabi'in, dan salaf telah berlalu. Namun warisan ilmu berjalan sesuai dengan kehendak-Nya. Amalan kita adalah amalan bersanad. Nabi al-Musthofa Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa bermula Islam itu asing,...berakhirnya juga asing.
Syeikh, mungkin 'Tan Sri' itu hanya berguru dengan Wahhabi sahaja dan mungkin juga dia sebenarnya tidak memahami persoalan Wahhabi ini sebenarnya. Semoga Allah memberinya petunjuk dan mengampuni dosa-dosanya. Amin.....
Ikhlaslah dalam ilmu wahai 'Tan Sri'. Bukankah ulama' itu ada yang as-suu'. Yang menggunakan agama untuk meraih habuan dunia. Ulama'-ulama' kita yang ikhlas zaman berzaman telah berjaya mempertahankan Islam atas dasarnya. Pandangan 'Tan Sri' terhadap Syeikh al-Amin terlalu kasar. Ana akan mempertahankan beliau dan sahabat-sahabatnya. Ulama' yang sebenar akan dibantu Allah. InsyaAllah. 'Tan Sri' mempersoalkan tentang zikir lompat-lompat. Hakikatnya 'Tan Sri' ini tidak memahami ilmu Tasauf. Islam itu berdiri atas tiga cabang utama iaitu 'Aqidatun wa Syari'atun wa Akhlaqun. Aqidah (yang biasa dikenali sebagai ilmu Tauhid), Syariat (yakni Feqah tau hukum-hakam) dan Tasauf. Tasauf adalah ilmu, dan jalan untuk mencapainya adalah Tariqah. Tariq = ialah jalan. Suka ana mengingatkan bahawa Tasauf dan Tariqah itu tidaklah salah sebagaimana pemahaman 'Tan Sri'. Amalan Tariqah mengandungi zikir, wirid, hizb yang mana amalan-amalan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Zikir dari segi bahasa bermaksud ingat. Bukankah Allah Ta'ala berfirman bahawa orang-orang yang beriman itu berzikir (yakni mengingati Allah) dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring. Dan zikir ini terbahagi tiga yakni zikir lisani, qalbi, dan fi'li. Zikir dengan lidah (lisan), zikir dengan hati (qalbi = yakni hati sentiasa berzikir walau alam apa keadaan sekalipun), dan zikir fi'li (perbuatan yakni amalan seperti solat dan lainnya). 'Tan Sri' mempersoalkan zikir berdiri lompat. Nasihat saya, pergi melengkapkan diri 'Tan Sri' dengan ilmu dahulu. Mereka berusaha menekatkan diri (taqarrub) dengan Allah Ta'ala. Jika ini salah 'Tan Sri', mereka tidak akan mencapai maqam yang tinggi. Tokku Paloh, waliyullah tersohor ketika zaman pemerintahan Sultan Zainal Abiin ke 3 di Terengganu (sultan yang juga seorang ulama'). Wali ini tidak akan mencapai maqam jika ianya salah dan sesat (Tokku Paloh berpegang pada Tariqah Naqsyabandiah sebagai mazhab Tasaufnya), kerana orang yang ekat dengan Allah sahaja akan mnecapainya.
Wallahua'lam.
Semoga Allah sentiasa membantu umat Islam. Amin....
daripada:
Al-Faqir Ilallah,
ABDUL LATIFF BIN MOHAMAD,
http://abdullatiffm.blogspot.com
mohon ustaz amin bongkar satu per satu perbuatan wahabi merubah kitab kitab kitab ulama.
ReplyDeleteinsyAllah akhi..syukran sudi memberi komentar di sini..
ReplyDeleteada tak riwayat sirah ke apa ke yg menceritakan selepas wafatnya NAbi s.a.w...sahabat2 Nabi yg ramai tu buat tahlil ramai2 bila dikalangan mereka mati?atau baca talkin mcm syeikh dlm gambar tu buat?
ReplyDeletesaya ni org awam pening dgr pertikaian ustaz2, ada mcm2 pndpt.
Kalau sahabat2 tak buat tapi syeikh tu buat-kiranya syeikh tu lebih faham Nabi dari sahabat ke? sy akan ikut syeikh tu sbb diakan keturunan al-jailani.
-azlee-
assalamualaikum ustaz,ana amat kagum dengan cara ustaz memberi faham akan aqidah ahlu sunnah wal jamaah..blog seperti inilah yg akan membuka minda dan mata masyarakat kita tentang bahayanya wahabiyah salafiyah ini terhadap agama islam yang syumul..semoga ustaz teruskan penulisan ustaz ini dan ana doakan yang terbaik untuk ustaz agar ustaz dapat mengembangkan lagi ilmu yang ustaz miliki..
ReplyDeletedan ana sarankan kepada sapa2 yang sakit hati membaca blog ini agar belajar lebih dalam lagi,bukannya manuduh sembarangan seperti kanak2..ana heran dengan segelintir golongan yang anti kebenaran ini,nampak sangat mereka belajar tak habis..lucu2..
dan ana berharap jikalau ada masa dan kelapangan ana ingin bertalaqqi dengan ustaz,menadah kitab2 fiqh,usuluddin,tasawuf dan sebagainya..sebetulnya ana merasakan yang ana masih banyak lagi yang perlu dipelajari..
p/s:harap ustaz dapat berikan email ustaz untuk ana bertanya sesuatu nanti..insyaallah
hadith yg cakap yasin tu jantung dan hati quran tu hadith palsu..harap2 lepas ni jangan sebarkan ye.. quran tu bukan makhluk..quran kalamullah..dan sunnah nabi pada malam jumaat ialah baca surah al kahfi..sama2 kita amalkan..jom!
ReplyDeletenama saya syamil dari melaka. salam perkenalan.