Skip to main content

Siapa mu’attilah???

1. Seringkali kita terbaca di laman-lama wahhabi yang menyamakan akidah Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari dan Al-‘Ashaairah (ulama’ yang mengikuti manhaj Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari) Rahimahumullah dengan pandangan معطلة (mu’attilah) yang menafikan sifat bagi Allah.

2. Siapakah sebenarnya muattilah?

معطلة هم المعتزلة لأنهم نفوا الصفات القديمة عن الله وعلى رأسهم واصل بن عطاء

Mu’attilah mereka  itu muktazilah kerana mereka menafikan sifat yang qadim daripada Allah dan dikepalai oleh Wasil Bin ‘Ato’. Kitab Al-Mu’jam As-Syaamil li mustolaahtil falsafah, Doktor Abdul Mun’iem Al-Hufni, mukasurat 817.

3. Golongan mu’attilah merupakan nama lain bagi golongan muktazilah yang menafikan adanya sifat bagi Allah. Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat, berkata-kata dengan zat, melihat dengan zat dan sekalian daripada sifat ma’ani itu dinafikan oleh golongan muktazilah atau mu’attilah.

4. Kenapa mereka menafikan sifat bagi Allah? Kerana mereka terpengaruh dengan konsep falsafah yang menyatakan ;

القديم لا يكون إلا واحدا في كل جهات

Sesuatu yang qadim tidak boleh ada kecuali satu sahaja pada setiap sudut.

5. Pada pandangan mereka, jika bagi Allah adanya sifat maka bertembung dua qadim. Pertama sifat yang qadim dan kedua zat yang qadim. Maka ini bercanggah dengan konsep falsafah yang dipegang oleh mereka. Oleh sebab itu mereka menafikan adanya sifat bagi Allah.

6. Adapun mazhab ahlissunnah yang dipelopori oleh Al-Imam Abu Hassan Al-‘Asyaari Rahimahullah dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi Rahimahullah mendahulukan nas di atas konsep falsafah dengan mengisbatkan sifat bagi Allah dengan sekalian banyak ayat yang menunjukkan bagi Allah adanya sifat. Ayat-ayat yang menyatakan Allah bersifat, ditakwilkan oleh muktazilah kepada makna yang lain. Inilah takwil yang dicela oleh syara’ kerana bercanggah dengan dalil naqli yang qaati’ dan dalil ‘aqli yang qaati’.

7. Oleh sebab yang demikian, kita akan dapati di dalam pengajian sifat 20, kedua-dua Imam ini mengisbatkan sifat bagi Allah yang diistilahkan sebagai sifat ma’aani. Jadi bagaimana wahabi boleh menyamakan mazhab ahli sunnah dengan muktazilah atau mu’attilah?

8. Golongan mu’attilah atau muktazilah menafikan sifat bagi Allah secara asal. Dengan perkataan yang lain. Sifat itu sendiri tidak ada bagi Allah. Yang ada hanya zat sahaja. Boleh rujuk kitab maqaalat islamiyyin wakhtilafil musollin karangan imam Abu Hassan Al-‘Ashaari sendiri yang menjelaskan fahaman muktazilah dengan perbahasan yang panjang di bawah tajuk wa haaza syarhu qaulil muktazilah fi at-tauhid wa ghairihi,

9. Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari R.H yang masyhur di dalam sejarahnya menentang fahaman muktazilah dan menjadi benteng akidah ahli sunnah wal jamaah tiba-tiba dikatakan golongan mu’attilah atau muktazilah oleh golongan wahhabi. Sungguh pelik pandangan mereka ini.

10. Sebagai bukti beliau menolak fahaman muktazilah dapat dilihat di dalam salah satu kitab yang dikarang oleh beliau bernama Risalah Ahli at-Thaghri. Kitab ini dikarang oleh beliau apabila diminta oleh orang ramai supaya menyebut tentang perkara-perkara usul yang menjadi pegangan ahli sunnah wal jamaah. Justeru, beliau telah menjawab persoalan mereka dengan menulis risalah ini pada tahun 297 H. Kitab ini menerangkan tentang kefasadan mazhab muktazilah, menolak fahaman mereka dan menyifatkan mereka sebagai golongan bidaah dan sesat.

11. Jadi, kesimpulannya Imam Abul Hassan Al-‘Ashaari R.H bukanlah mu’attilah atau muktazilah seperti dakwaan puak wahhabi bahkan beliau merupakan penentang kepada golongan muktazilah yang kita dapat lihat di dalam karya-karya beliau yang mencapai 300 buah sepertimana yang disebut oleh Khairuddin Az-Zirikli, Al-Aa’laam : Kamus Tarajim li Asyhuri Ar-Rijal wa an-Nisa’ wa al-musta’rabin wa al-mustasyriqin, Cetakan 7, Juzuk 4, Darul Ilmi Lil Malayin, Beirut – Lubnan 1986, m.s 263.

Comments

  1. salam elaik.
    ustaz,ana masih tak faham.boleh tak ustaz tlng terangkan?

    muattilah tu terpengaruh dengan konsep falsafah mana?

    muattilah tu memang sesat ye?

    dalil naqli yang qaati’ dan dalil ‘aqli yang qaati’, perkataan qaati' tu same maksud ke dgn qat'i?

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumussalam..

    Kembali kepada ta'rif siapa muattilah..mereka ialah golongan muktazilah yang menafikan sifat bagi Allah. Dengan perkataan yang lain..Allah tidak boleh bersifat tetapi zat semata2.

    Pada pandangan mereka Allah mendengar dengan zat..berkata2 dengan zat bukan dgn sifat dan mereka menafikan sekalian sifat ma'ani bagi Allah bahkan akidah ahli sunnah waljamaah iaitu Al-'Asyaairah dan maturidiyyah mengsabitkan sifat bagi Allah dengan sekalian ayat yang menunjukkan Allah bersifat dengan menggunakan kaedah dilalah iltizamiyyah.

    Dari satu sudut nampak seolah2 betul pandangan muktazilah kerana mereka juga menggunakan dalil Al-Quran. Allah tidak mengatakan Dia bersifat tetapi Allah menyatakan dia Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya.

    Namun berdasarkan dilalah iltizamiyyah di sisi ulama' ahli sunnah mereka mengatakan apakah Allah boleh melihat jika tidak ada bagi Allah sifat pelihat? Apakah Allah boleh berkata2 jika tidak bagi Allah sifat pekata?

    Maka dilalah iltizamiyyah ini menunjukkan adanya sifat bagi Allah yang berdiri pada zatnya yang qadim.

    Mereka mengambil konsep falsafah yunani yang mengatakan tidak boleh bertembung dua qadim.mesti satu sahaja spt yg ana nyatakan di atas.

    Dalil naqli yang qaati' ialah ayat2 Al-Quran dan Al-Hadis yang muhkamah. Yang sudah jelas maknanya..Ini dijadikan hujjah.adapaun ayat mutasyabihah yang maknanya tidak diketahui perlu dikembalikan maknanya kepada ayat yang muhkamah kerana tidak diketahui hakikat makna ayat mutasyabihah.

    Dalil aqli yang qaati' ialah suatu dalil aqliyyah yang tidak boleh ditolak bagi orang yang berakal seperti kita kata : satu itu setengah daripada dua atau diam dan bergerak tidak boleh berlaku pada satu masa kepada suatu zat.

    Qaati' di atas isim fa'il. Sama sahaja dengan makna qat'ie. Maknanya suatu dalil yang putus yakni yang jelas lagi bersuluh.

    ReplyDelete
  3. golongan sufi mcm enta pun salu je tuduh wahabi musyabbahah.

    Sedangkan kami tak pernah tasybih & takyif mcm mane sifat2 Allah tu. Contohnya, kalo Allah kate tangan Allah, kami kate Allah ade tangan. Tp kami tak fikir mcm mane tangan Allah tu, kami tak bayangkan mcm mane, kami tak samakan dgn makhluk. Dan ini manhaj akidah yg lebih selamat, sahih.

    Ustaz Amin Daud (ana masih panggil enta ustaz tu), ana harap enta dpt luangkan masa & lapangkan dada, bace post ni -> http://ahbash-sesat.blogspot.com/2009/07/al-imam-abul-hasan-al-asyariy-asyaairah.html

    Ana tade masalah kalo enta nak terus dgn aliran asy'iroh maturidiah ni. ana tade msalah kalo enta nak terus sgt dakwa imam abu hasan tu kekal asy'iroh sampai mati. Cume enta kalo nak kutuk wahabi pon, pastikan maklumat tu kukuh dulu, kalo tak nanti balek malu kt enta, org cop syeikh fitnah. Same2 geng enta mmg enta rase kuat & betol, tp pade nilaian org2 yg tau, yg detail, enta kurangla.

    Bagi ana, takwil yg dibuat imam abu hasan & abu mansor tu time darurat je, keadaan memerlukan. Kalo tak perlu, tapayahla takwil. Itu bagi ana. tq. Allahu'alam.

    ReplyDelete
  4. golongan wahabi mcm enta selalu je tuduh sufi sesat..

    Nama dah ayat mutasyabihah..tak tasybih apa?melainkan enta kata itu ayat muhkamah..bila kita tau ini ayat mutasyabihah, tentu2 bukan makna dia sebab ayat yang mutasyabihah tu sendiri membawa mksd Allah menyerupai makhluk..cuba fahami makna perkataan tasybih tu dulu.soal takyif tu cite kedua..

    Bila dah tentu ia ayat yg mutasyabihah barulah kita masuk ke bab tafwidh atau takwil..

    Kami ahli sunnah menerima kedua2 kaedah ini tetapi biarlah tafwidh yang sebenar..ini tafwidh tetapi dalam masa yang sama meletakkan makna seolah2 ia ayat muhkamah..

    Bukankah geng enta mengatakan Allah je yg tau makna dia?ok,,kami terima tetapi apabila enta dgn yakin menyatakan ia makna tangan,tidakkah itu menunjukkan enta mengetahui maknanya?? Sedangkan ayat yang mutasyabihah ayat yg tidak diketahui makna secara jelas.

    Ayat yang muhkamah ialah ayat yg jelas maknanya dan Allah menyatakan Dia tidak menyerupai makhluk..laisa kamislihi syai'un..Apakah pada enta ayat mutasyabihah lbh utama diikuti drpd ayat muhkamah?Sedangkan ulama' menyatakan ayat muhkamah lebih utama diikuti kerana maknanya jelas..

    Terpulang la pada enta nak menilai ana..ana sekadar menyampaikan apa yang dinyatakan oleh para ulama'..tetapi apalah sgt ulama' pada geng enta kan?

    Bagi enta takwil time dhorurat.Siapa enta utk membuat suatu khulasoh??

    Xnak takwil pun xde mslh tp biarlah tafwidh salaf yang sbnr bukan tafwidh tetapi dalam masa yg sama tasybih..cuba buka kamus apa makna tafwih..

    Welcome..Wallahu a3laam..

    ReplyDelete
  5. Puak Wahabi tak pakai tafwidh salaf tapi diorang pakai tafwidh(kononnya la) Syeikh Muhammad Abd Wahab dan Bin Baz

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah teruskan memberi pendedahan kepada masyarakat makna Akidah Ahlul Sunnah yang sebenar, nampaknya kejahilan semakin didewa2kan oleh sebahagian yang mengaku dirinya berilmu melebehi Ulama2 muktabar yang telah pun tersohor.

    ReplyDelete
  7. ust Amin sila baca:

    http://ahbash-sesat.blogspot.com/2009/07/al-imam-abul-hasan-al-asyariy-asyaairah.html

    dan rujuk kpd peranggan:

    Menetapkan sifat dua mata, dua tangan, wajah, kaki, jari-jari, dan yang lainnya dari sifat dzatiyyah Allah sebagaimana dhahir maknanya bukan merupakan tasybih (penyerupaan Allah kepada makhluk-Nya). Apalagi sampai menuduh sebagai mujassimah atau musyabbihah !

    Al-Imam Ishaq bin Rahawaih rahimahullah berkata :

    إنما يكون التشبيه إذا قال : يد مثل يدي أو سمع كسمعي، فهذا تشبيه. وأما إذا قال كما قال الله : يد وسمع وبصر، فلا يقول : كيف، ولايقول : مثل، فهذا لا يكون تشبيهاً، قال تعالى : (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

    ”Tasybih itu hanya terjadi ketika seseorang itu mengatakan : ”Tangan (Allah) seperti tanganku, pendengaran (Allah) seperti pendengaranku”. Inilah yang dinamakan tasybih (penyerupaan). Adapun jika seseorang mengatakan seperti firman Allah : ’Tangan, pendengaran, penglihatan’ , kemudian ia tidak menyatakan : ’bagaimana’ dan ’seperti’; maka itu tidak termasuk tasybih. Allah berfirman : ”Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [Mukhtashar Al-’Ulluw lidz-Dzahabi, hal. 69].

    Al-Imam Nu’aim bin Hammad Al-Khuzaa’iy Al-Haafidh rahimahullah berkata :

    من شبه الله بخلقه، فقد كفر، ومن أنكر ما وصف به نفسه فقد كفر، وليس ما وصف به نفسه، ولا رسولُه تشبيهاً

    ”Barangsiapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, maka ia telah kafir. Barangsiapa yang mengingkari apa-apa yang disifatkan Allah bagi diri-Nya, maka ia telah kafir. Dan tidaklah apa yang disifatkan Allah bagi diri-Nya dan (yang disifatkan) Rasul-Nya itu sebagai satu penyerupaan (tasybih)” [Mukhtashar Al-’Uluuw, hal. 184 no. 216, dengan sanad shahih].

    tlg ulaskan.

    ReplyDelete
  8. cuba mendalami kaedah isytirak lafzi ikhtilaf ma'nan kemudian datang bagitahu apa yang enta fahami daripada perkara ini..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum ustaz,

    takkanlh ulama' yg sy nukil diatas tak faham kaedah itu. Sy nnyatkan bahawam sy hanya menukilkan pendapat ulama' terdahulu dan bukan BERDASARKAN Ijtihad atau dari buah fikiran saya.. ini bukan pula bermakna saya bertaqlid buta krn sy bertaqlid berhasarkan hujah yg dibawa mereka.. sy tidak layak utk membuahkan 'fatwa' sendiri krn kurang masih kurang 'arif dlm ilmu2 berikut:

    * Nahu.

    * Tasrif atau Sarf.

    * Istiqaq sama ada istiqaq besar atau kecil.

    * Balaghah iaitu bayan ma’ani dan badi’.

    * Usuluddin.

    * Usul fiqh.

    * Asbab al-Nuzul

    - sebab-sebab diturunkan ayat.

    * Nasikh dan mansukh.

    * Ilmu Fikah.

    * Ilmu Hadis

    * Ilmu Qiraat.

    * Ilmu al-Mauhibah.

    Justeru, menukilkan pendapat ulama' terdahulu adalah lebih selamat dan sy hanya menyampaikan.

    Masalahnya enta ambil pendapat/kesimpulan sendiri seolah enta mahir semua ilmu di atas.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam..

    Ana tidak kata ulama' tidak faham tetapi ana minta enta fahami kaedah ini..

    Ulama' yang enta nukilkan menyatakan dalam bahasa arab..sebab itu ana minta enta fahami kaedah ini supaya apa yang dikatakan oleh ulama' tersebut tidak difahami sewenang-wenangnya..

    Kalau enta nak kata yad itu sifat tidak menjadi masalah kerana kita tidak ketahui apakah hakikat makna yad..boleh jadi qudrah mengikut kaedah bahasa arab sepertimana dijelaskan oleh ulama' khalaf.

    Tetapi apabila enta fahami yad adalah tangan walaupun enta tidak mengatakan tangan seperti makhluk itu yang menjadi masalah..

    Kita sepakat ayat ini merupakan ayat mutasyabihah tetapi bagaimana kita memahami ia sebagai ayat muhkamah..

    Katakan kita tidak tahu maknanya (tafwidh) atau kita mengambil pandangan ar-Rasikhun fil ilmi yang menjelaskan akan makna perkataan tersebut..

    Selesai..

    ReplyDelete
  11. Salam,

    saya ada masalah ngan identiti saya , selalu keluar KB3IunQb0YprreopKlfcyQZ9Sono4xlx

    bgmn mengatasinya... sy guna 'Comment as : OpenID' ..yahoo punya.

    ReplyDelete
  12. Wa'alaikumussalam..

    Cuba guna yang lain..saya pun tidak tahu masalah apa..mungkin template ni xsupport yahoo..wallahu a3laam..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Wrth Wbth,

    Masalahnya apapun beranggapan benarnya wahabi, ia tidak sekalai2 benar, sebab ia kelaur dari rahim yang salah.

    Sekiranya seekor anak lembu keluar cukup sifat sebagai manusia, kemudian dinisbahkan baligh, dan mampu membaca khutbah aidil adha, kemudian disembelih anak lembu berupa manusia tadi hukumnya sah.

    Selagi berpegang kepa iktiqad yang dibawa oleh muhammad abdul wahab tak kira baik macam mana sekalipun ia dipanggil wahabi. Hukumnya iktiqad itu batal...

    Wallahu Taala A'lam.

    ReplyDelete
  14. salam ustaz...
    tumpang tanya...

    kalu x sempat syahadah sblum mati mcm mane ustaz?apa itu lafaz dilalatul nas, isyaratul nas dan dilalah iqtida'i ?

    ReplyDelete
  15. asmkm,awak ni balik2 panggil wahabi sesat. Awak sebenarnya:1.Muktazilah 2. ahlu ta'til 3. Jahmiyah/ aqlani 4. Sufi 5. asy 'ariyyah
    Kalau kau sendiri ngaku asy'ari sesat 40 tahun...pasalpa tak ikut syaikh2 yg tak pernah sesat???? sungguh dangkal ...tak hairan ...sawaaaun 'alaihim.
    satu lagi apasai tak ikut akidah syafi'e???? budus

    ReplyDelete
  16. tuan2 semua, daripada kita (termasuk aku sekali) berurusan dgn ustad al faqer (memang miskin dan tiada hikmah), mari kita log off laman ni. baca Quran, tafsir Ibnu Katsir, Shahih Bukhari dan lain2 hadits, Fathul Bari dan sebagainya dpd byk mulut dan bikin dosa dgn ustadz akhir zaman ni yg ngaku bahawa dulu dia salafi tapi sekarang dah berubah lepas dengar cakap tok guru dia...hampas

    ReplyDelete
  17. Tahniah kepada anbyak ke anbwak. Anda telah menunjukkan bahawa anda benar-benar seorang Wahhabi, Kumpulan lain tak akan megeluarkan kata2 seperti anda tapi itulah identiti golongan Wahhabi. Mungkin ini berkat dari guru besar anda Ibnu Wahab.
    Kalau benar anda dan golongan anda berpegang kepada Hadis dan quran pasti anda tahu hadis Nabi yang melarang memaki /mecaci sesama Islam. Renungkanlah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Al-Quran itu qadim

Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid. Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut. Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ; 1) Qadim zamani. 2) Qadim idhofi. 3) Qadim zaati. Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan. Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Must

Sejarah Ringkas Kaum Musyabbihah/Mujassimah

"Gambaran tuhan bg agama yahudi yang duduk di atas arasy" Kaum musyabbihah ertinya kaum yang menyerupakan. Kaum musyabbihah digelari kaum musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Ada juga orang yang menamakan kaum ini dengan “kaum mujassimah”, yakni kaum yang mengisbatkan tubuh kerana mereka mengisbatkan tubuh bagi Allah. Mereka mengatakan Allah bertubuh terdiri daripada darah, daging, bermuka, bermata, bertangan, berkaki bahkan ada yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai alat kelamin dan kelaminnya itu laki-laki. (lihat syarah nahjul Balaghah juzuk iii, hal. 255). Ada juga orang yang menamakan mereka dengan “kaum hasyawiyah”. Hasyawiyah ertinya percakapan kosong, percakapan di luar batas, percakapan hina-dina. Jadi, mereka itu adalah kaum “bercakap kosong”. Kebanyakan