- Get link
- X
- Other Apps
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد Wahhabi sangat marah apabila disebut Tauhid 3 menjadikan mereka kelompok ekstremis. Lantas mereka akan berhujjah Ahl al-Sunnah Wa Al-Jama'ah juga ada yang ekstrem. Kita perlu bezakan antara manhaj dan individu. Adapun yang disebut Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah juga ada yang ekstrem itu merujuk kepada individu bukan manhaj kerana manhaj Ahl al-Sunnah Wa al-Jama’ah tidak pernah mengkafirkan atau menyesatkan seorang muslim di atas perbezaan pada cabang agama. Berbeza dengan Wahhabi, manhaj mereka itu sendiri yang mengajar mereka untuk menjadi ekstrem di dalam beragama. Mereka menyesatkan umat Islam di atas perkara khilafiyyah furu’iyyah (cabang) agama seperti tawassul, tabarruk, amalan baru yang mempunyai dasar di dalam agama dan lain-lain. Mereka juga menganggap hanya pendapat yang mereka pilih sahaja yang benar. Selain mereka tidak benar. Mereka juga menganggap hanya me