20/02/2009

Al-Quran itu qadim


Sebelum daripada kita memahami Al-Quran itu qadim maka kita fahami dahulu makna qadim dan pembahagiannnya supaya jelas kefahaman kita mengikut pengajian ilmu tauhid.

Apakah yang dimaksudkan dengan qadim. Qadim bermaksud tidak ada permulaan bagi adanya. Di dalam bahasa arab qadim juga bermaksud lama tetapi bukan ini yang dimaksudkan dengan qadimnya kalamullah (al-Quran) kerana lama itu ada permulaannya.. seperti kita katakan bangunan itu lama.. lama di sini menunjukkan adanya permulaan kepada adanya bangunan tersebut.

Ulama’ ilmu kalam atau ilmu usuluddin membahagikan qadim itu kepada 3 ;

1) Qadim zamani.
2) Qadim idhofi.
3) Qadim zaati.

Qaqim zamani : Qadim yang melibatkan masa. Qadim ini ada permulaan bagi adanya. Seperti contoh yang kita sebutkan di atas. Bangunan itu qadim. Bangunan itu lama. Tetapi lamanya ada permulaan.

Qadim idhofi : Qadim yang meibatkan sandaran atau nisbah. Seperti kita katakan ayah lebih qadim daripada anak. Seorang ayah lahirnya sebelum lahirnya si anak. Mustahil pada akal untuk kita katakan anak lahir dulu sebelum ayahnya. Maka qadim ini juga ada permulaan baginya.

Qadim zaati : Qadim ini bersifat zaati. Qadim yang dinisbahkan kepada zat Allah Ta’ala dan segala sifatnya. Maka qadim ini tidak ada permulaan bagi adanya. Maka qadim inilah yang dimaksudkan di dalam kefahaman akidah ahli sunnah waljamaah bagi qadimnya Allah dan segala sifatnya.

Kenapa dikatakan Al-Quran itu bersifat qadim zaati yang tidak ada permulaan bagi adanya. Dengan perkataan yang lain Al-Quran itu bukan mahdas. Bukan baru. Walaupun yang kita lihat mushafnya terdiri daripada kertas dan tulisan bahasa arab yang bersifat baru.

Mesti difahami Al-Quran itu kalamullah. Kalam salah satu daripada sifat Allah Ta’ala. Mustahil kita katakan sifat Allah Ta’ala itu baru yakni ada permulaan bagi adanya. Adapun mushaf itu gambaran daripada gambaran kalamullah yang qadim. Maka yang dii3tiqadkan qadim itu ialah Al-Quran yang sebelum daripada turunnya dengan bahasa arab.

Golongan muktazilah mengi3tiqadkan Al-Quran itu baharu. Walaupun yang dimaksudkan Al-Quran yang baharu itu ialah tulisannya, bahasanya, lafaznya tetapi ulamak ahli sunnah kita cuba menyelamatkan akidah masyarakat awam daripada mengi3tiqadkan Al-Quran itu sebagai baru kerana ia merupakan kalamullah. Kalam itu sifat Allah dan semua sifat Allah adalah qadim (tidak ada permulaan bagi adanya).



Apa dalil sifat Allah itu qadim?


Jika ia baharu (ada permulaan) nescaya berhajat Allah Ta’ala kepada yang memperbaharuinya. Maka mustahil ke atas Allah berhajat kepada yang lain. Berhajat kepada yang lain merupakan sifat kelemahan yang tidak layak di sandarkan kepada Allah SWT yang maha kaya dan maha sempurna.

Sesiapa yang mengi3tiqadkan Al-Quran itu makhluk atau baru maka hukumnya kafir ya'ni terkeluar daripada Islam dengan sebab i3tiqadnya bertentangan dengan akidah Islam yang sebenar..

10 comments:

  1. aduh.. kena baca ulang kali utk faham kan bende ni..
    maaf ustaz.. sy ni slow sikit bab2 ni...

    ReplyDelete
  2. xpe nana..sebab ia istilah usuluddin..ana tulis berdasarkan request sahabat..ada byk pekara yg kita kena faham sebelum memahaminya..ana focus pada soalan..apa2 pun amik yg mana nana rasa boleh..

    ReplyDelete
  3. salam..sy nk tnya ckit us,adakah bhs arab tu bukan kalamullah?adakah ia bhs para malaikat?mksudnya alquran diturunkn dlm bhs arab dan bukan brmaksud kalamullah itu adalah bhs arab..

    ReplyDelete
  4. permasalahan aqidah memerlukan ahlinya bukan sekadar memahami konseptual, bahkan mahir menjelaskannya dengan baik...tetapi anta secara kasar kurang memiliki yang kedua. sebagai contoh, anta mengemukakan konotasi 'Qaadim Zaati' bagi menjelaskan Zat Allah dan sifat ZatNya. kemudian anta mengunakan konotasi yang sama menjelaskan sifat al-Qur'an[merujuk tulisan anta]: "Qadim zaati : Qadim ini bersifat zaati. Qadim yang dinisbahkan kepada zat Allah Ta’ala dan segala sifatnya. Maka qadim ini tidak ada permulaan bagi adanya. Maka qadim inilah yang dimaksudkan di dalam kefahaman akidah ahli sunnah waljamaah bagi qadimnya Allah dan segala sifatnya.

    Kenapa dikatakan Al-Quran itu bersifat qadim zaati yang tidak ada permulaan bagi adanya..."
    jelas, anta tidak menjelaskan bagaimana dimaksudkan dengan 'Qaadim Zaati' Zat Allah dan 'Qaadim Zaati' al-Qur'an.tambahan lagi, anta tertinggal menjelaskan sifat al-Kalam pada Allah dan bahagian-bahagiannya.penjelasan mengenainya menyerlahkan pemahaman mengenai Qaadim sifat al-Qur'an.
    selain itu, sebagai tambahan, madhhab Maturidiyyah sahaja yang menyifatkan qadim segala sifat tambahan (Sifaat al-Zaaidah ala al-Zaat)yang mana meninggalkan Ashaairah menyifatkan sifaat al-Af'aliyyah sebagai baharu

    ReplyDelete
  5. SEBAGAI 'pewaris' para nabi, ulama silam sering tabah menghadapi pelbagai seksaan, antaranya ialah Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbal. Dalam zaman Khalifah Harun al-Rasyid, timbul suatu fahaman bahawa al-Quran adalah makhluk. Basyar al-Murisy telah menyebarluaskan pendapat itu. Namun, Khalifah Harun membanterasnya secara habis-habisan. Sekali gus ia memerintahkan agar penyebar itu ditangkap dan diadili. Basyar menyembunyikan diri sebaik mengetahui perintah itu dikeluarkan. Dia menyembunyikan diri hingga Khalifah Harun meninggal. Khalifah al-Amin, anak Khalifah Harun, menghidupkan perintah itu sebaik sahaja mewarisi kerajaan ayahnya.
    .
    Setelah Khalifah al-Amin meninggal, Khalifah al-Makmun pula mewarisi pemerintahan. Namun, beliau berfaham muktazilah (golongan yang mengutamakan pemikiran logik). Al-Makmun menyokong fahaman Basyar. Para ulama, secara bersembunyi, berfatwa ajaran Basyar itu sesat, lagi menyesatkan. Namun kerana takut dizalimi, ramai ulama berhijrah ke negara lain. Ramai pula yang terpaksa bersembunyi. Imam Hanbal berpendapat al-Quran adalah kalamullah (pena Allah) yang bersifat qadim. Akibat pendapatnya itu, dia ditangkap dan dihadapkan kepada Khalifah Makmun. Hanbal dirantai dan dibawa ke bilik persidangan. Seorang pengawal kemudian tampil dengan membawa al-Quran dan diletakkan di hadapannya. "Al-Quran bukan makhluk, al-Quran adalah Kalamullah", Imam Ahmad menegaskan.
    .
    Akibatnya, Imam Ahmad dipenjara dan diseksa. Setiap hari dalam penjara seorang pegawai disuruh menemui Imam Hanbal supaya pendapatnya diubah. Namun, Imam Hanbal terus bertegas dengan pendiriannya. Suatu pertemuan kemudian diadakan. Tujuannya untuk menghukum Imam Ahmad. Berbagai-bagai peralatan seperti pedang, lembing dan cabuk disediakan. Jika beliau masih teguh dengan fahamannya, senjata itulah yang akan digunakan untuk menyeksanya. Namun, Imam Hanbal masih bertegas. Beliau dicabuk. Pada sebatan pertama, Imam Ahmad berkata 'Bismillah'. Pada sebatan kedua beliau membaca 'La haula wala kuata illa billah'. Pada sebatan ketiga beliau membaca firman Allah bermaksud: "Katakanlah, sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami."
    .
    Kini sudah 29 kali Imam Hanbal dicabuk. Akibatnya kulitnya terkupas. Darah mengalir. Ketika sedang dicabuk, Imam Hanbal merasa tali seluarnya terputus. Seluarnya sedikit demi sedikit menurun. Auratnya dirasakan hampir terbuka. Beliau segera mengangkat pandangannya ke langit. Bibirnya bergerak. Bisikan doanya dikabulkan. Tiba-tiba seluarnya yang tadi turun, naik semula ke tempat semula. Auratnya tidak sempat terbuka. Setelah dicabuk, beliau kemudian dibawa ke penjara. Al-Muktasim telah menggantikan Khalifah Makmun yang meninggal dunia. Namun, fahaman muktazilah masih berkembang. Akibatnya Imam Hanbal terus diseksa. Debat terbuka antara Imam Hanbal dengan Kadi Besar Ahmad bin Ali Daud dianjurkan Khalifah al-Muktasim. Namun, Imam Hanbal pintar menjawab secara jitu segala soal dan bidasan.
    .
    Walaupun terpengaruh, hadirin majlis masih takutkan seksaan khalifah. Oleh malu kerana melihat kadi besarnya itu ditewaskan Imam Ahmad dalam debat itu, khalifah memaksa Imam Hanbal mengakui kesilapannya. Namun, Imam Hanbal masih tabah. Seksaan dan penjara untuknya diteruskan. Khalifah al-Muktasim meninggal dunia dan digantikan oleh Khalifah al-Watsik yang masih terpengaruh oleh ajaran sesat itu. Seksaannya ditambah kepada Imam Hanbal.
    .
    Hanya setelah al-Watsik meninggal dan digantikan oleh al Mutawakkil Billah, barulah berakhir seksaan ke atas Imam Hanbal dan beliau dibebaskan. Khalifah itu menyedari kesilapan 3 orang khalifah terdahulu dan memerintahkan pengikut muktazilah ditangkap dan dihukum. Imam Hanbal bersyukur kepada Allah kerana terselamat. Namun, pada usia tua dan sakit, beliau masih terus berdakwah menentang ajaran sesat sehingga akhir hayatnya...

    ReplyDelete
  6. Salam ustaz,nak tanya ni..alam ini qadim yang mana agaknya?

    ReplyDelete
  7. Salam kpd Semua,

    Al-Quran adalah tidak Qadim. Al-Quran adalah benda baharu, benda yang dijadikan, adalah satu makhluk Allah SWT.

    Allah SWT sendiri yg mengatakan "Kami yang menjadikan kitab Al-Quran" (43:3 & 41:44). Adakah Allah menjadikan dirinya sendiri?

    Allah SWT sendiri yg mengatakan Al-Quran itu bertempat di "Luh Mahfuz" (85:22). Adakah sifat Allah itu bertempat?

    Allah SWT sendiri yg mengatakan Dia yg menjaga Al-Quran (15:9). Adakah Allah SWT perlu menjaga diriNya sendiri?

    Dan byk lagi nusus dari Al-Quran yg menjelaskan Al-Quran itu tdk Qadim, dan adalah makhluq. Marilah bertaubat, dan jgn lagi syirik kepadaNya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  8. Sibuk amat mebahasa masalah Qadim dan Makhluk. kesimpulannya Ikutin aja ajaran yang ada dalam Alquran dan Hadis itu udah selsai masalah. gak usah banyak bacot loe loe pada semua. hari gini masih ngurusin Qadim dan Makhluk. loe loe pada udah jalanin rukun iman yang 6 belum dan rukun Islam yang 5 belum nih kalau sudah Alhamdullilah. Nah berpegang aja kesitu. gitu aja kok repot. yang harus loe loe pade pikirin sekarang nih bagaimana supaya Amerika dan antek antek nya tuh tidak menzolimi orang yang Berukun Islam yang 5 dan mempunyai Rukun Iman yang 6. loe loe pade Goblook amat sih hari gini masih mau juga dihasut belagak kayak orang pinter semua. yang loe pikirin sekarang tuh buat senjata aja deh untuk hancurin Amerika dan Antek anteknya. jangan jadi orang goblok aja dooonk capeek deeeh

    ReplyDelete